November 28, 2011

Air-Horn , Vuvuzela Dan Kebingitan

Malaysia lawan Bahrain tak payah la nak diceritakan lagi . masing masing punya sakit , pendam sendiri . baik cerita pasal ke-semak-an , ke-bingit-an dua benda alah ni dekat stadium . aku tengok sejak Malaysia menang AFF Suzuki Cup 2010 , benda alah ni mula popular dikalangan budak kecik mahupun remaja . macam aku pergi STAR Of Paroi tempoh hari , aku rasa nak bakar siapa yang jual benda alah ni .

Korang bayangkan , orang azan pun ada yang still tipu tipu lagi . aku rasa otak diorang dah jadi lemah sebab udara di otak dah habis selepas disalurkan ketika tipu benda alah tu kot . ada dua type benda alah ni dekat stadium . satu air-horn , satu lagi mini vuvuzela .
Inilah dia air-horn . kegunaan dia senang je , picit . tapi taktahu tang mana nak picit sebab aku beli dulu jenis lain . jenis vuvuzela tetapi rekaan tempatan . pakai sekali dalam masa tujuh tahun . lepas tu aku buang . air-horn ni mungkin mahal sikit dari vuvuzela junior yang banyak dijual di stadium stadium . dan benda ni kalau angin dia habis , orang akan campak . bangang ? memang . kau beli lepas tu kau buang . baik kau simpan duit beli burger tak masak kat stadium , pelbagai variasi air yang ada kat stadium . kau kenyang , kau happy .



Ini pula vuvuzela . tapi yang ni diguna pakai kat Afrika . kira macam alat tradisional diorang . benda ni bingit sampai dulu kat WC 2010 , orang mental sebab benda alah ni . tapi dekat Malaysia , banyak jual smaller size . itu pun dah sakit hati dengar . aku minat vuvu ni dulu , tapi aku benci sejak orang ramai guna . baru aku tau sakit hati player time WC 2010 .

Apa jadah main dua benda alah tu ? kasi player semangat ? mampu buat lagu/chant mahupun mengikut rentak Barisan Kita ? aku rasa baik korang tubuhkan brass band je . sama je , guna angin dalam perut jugak . aku harap pihak stadium di Malaysia dapat rampas benda alah ni sama macam korang rampas mercun . kalau benda ni still berleluasa , aku harap pemain dan penyokong semua bawak headset masing masing lah . kalau kurang mampu , bawak kapas sumbatkan dekat telinga . itu baru buat peniup/pemicit ni semua terasa .

Mungkin ada yang kata , 'apa hak kau nak anti semua ni lak ?' . aku senang je , sebab aku pun ada hak nak anti itu ini . kata demokrasi . korang nak bola-sepak world class , nak macam Jepun atau Korea tapi pernah korang tengok diorang tipu/picit benda alah tu ? diorang lebihkan dekat chants , tapi ikut masing masing lah . kot yang nak makan kuaci sambil maki player , aku tak mampu kata apa apa . itu baru hak masing masing . apa jadah datang stadium , bayar RM5 untuk anak kau campur duit makan minum dan vuvuzela tapi dok dengar anak kau lari sana sini sambil tiup vuvu ni .

Melentur buluh biar dari rebungnya . kalau bapak pun  main benda alah ni , mahunya anak pun tk ngikut . terapkan ilmu chants atau duduk sambil tengok bola dekat anak anak . paling koman , dah besar diorang tahu formation , passing dan nama player . kot tiup/picit tiup/picit , apa faedah bawak stadium . penuhkan seat macam Malam Setiausaha bersama Anu-ah Zen ?

Dan aku taktahu nak kata apa kalau benda bawah ni dijual . memang aku give up nak tentang air-horn/vuvuzela . aku rasa bunyi dia sama dengan bunyi kereta Formula One gamaknya .


                                 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...