December 17, 2011

Kita Sokong Pasukan Negeri Kita. Bukan Sokong Ultras Negeri

Ya ya ya. aku datang lagi. ari tu pasal join ultras negeri masing masing. kali ni aku nak cerita baju dan mafla ultras.

bang mana nak dapat mafla ultras..?? bang mana nak dapat baju ultras..??

boleh stop tanya soalan tu.? kenapa nak sangat baju n mafla.? baru ultras ke kalau ada baju & mafla ultras.? baru cukup sifat.? its so funny..!! korang tau siap ada yang cakap mcm ni " haa.. dah ada mafla baru tak malu nak join " kahkahkah. sedih laaaa kalau mentaliti mcm ni .

bagi aku senang je. korang pakai baju negeri korang takpun nak nampak konon nya ultras korang pakai shirt hitam. jangan korang datang pakai baju team dari luar lak. memang kat situ gak kena bogel ( bukan sembang kosong penah terjadi di KONA4C ). kalau mafla plak pakai jela mafla negeri yang harga rm10 tu takda masalah pun aku rasa. ni tak. nak gak ada baju ada mafla ultras baru nak join.

oke so lepas ni. lepas baca benda ni harap korang yg berfikiran begitu malu nak join sebab takda tshirt n mafla utras tu berubah laa. datang je join takdo masalah pakai baju n mafla negeri. kita sokong pasukan negeri kita. bukan sokong ultras negeri kita. oke faham.? so harap lepas ni berubah la. dah nak masuk tahun 2012 ni.

p/s: kepada yang dah tempah t-shirt & mafla Ultras No9ori (UN9) insya-ALLAH sebelum Piala Sumbangsih ni akan dapat.


                                                                       t-shirt 2.0 The Jangs


                                                                    Mafla Ultras No9ori ( UN9 )


-SEREMBANBOY-

December 15, 2011

Menuju 2012

oke aku nak post ni sebab Liga Malaysia 2012 dah nak mula. so aku nk post benda ni nak bagi berberapa orang sedar tentang wujudnya Ultras di semua negeri dan bermakna bukan Ultras Malaya saja yang ada kat dalam Malaysia ni.
* tak bertujuan menghentam UM.

                                                  *kalau yg takda tu jgn kecik ati

dah habis semusim aku join ultras negeri aku iaitu Ultras No9ori ( UN9 ) macam macam dah yang berlaku. hampir semua yang selalu ada dengan yang kadang kadang ada aku dah cam kat KONA4C. aku sangat gembira dengan perkembangan UN9 sekarang.. Klimaks dia masa Separuh Akhir Piala Malaysia 2011 lawan T-Team. memang w0w.!!! bilangan yang join memang paling ramai sejak game pertama Liga Malaysia 2011.





nak kata aku kenal semua tak la.. tapi aku cam muko masing masing. tapi...


tapi..


bila game Malaysia utk kelayakkan Olimpik 2012 ari tu.. aku macam sedikit terkejut sebab. aku usha berberpa port dalam ramai ramai yang ada kt Q1 ada berberapa orang yang pakai mafla Negeri Sembilan. sumpah bro gua tak penah tengok muka lu kt KONA4C..!!

kenapa..??!! kenapa..??!!

haa..!! kenapa join UM je..?? kenapa tak join lu punya ultras negeri..?? kenapa..?? sebab tak ramai..?? sebab tak ramai awek..?? kt UM ramai awek..?? UM lagi popular..??  nah KISS MY ASS..!! lu orang tau tak dulu UM berapa kerat je..?? dan makin lama.. makin lama Alhamdulillah. makin ramai macam sekarang. 

MARILAH..!!

marilah join ultras negeri korg dulu sebelum korg join UM. dari golongan yang kecil ni la korg akan merasa nikmat dan korg akan rasa nikmat sebuah perjuangan sebelum ia bertambah besar dan BOLEH MASUK PAPER & TV..!!

 Harapan dan Impian

harapan dan impian aku tak banyak utk 2012 ni. hanya berharap korang yang sibuk layan UM je. baik lu orang layan ultras negeri korg dulu. ke nak aku panggil cameraman Astro Arena datang baru korang nak join..??

oke itu sahaja harapan gua. cakap banyak tak guna. jumpa di kona. chow..!!

*maaf jalan cerita tak best tengah emo lulus exam. kalau tak faham jalan cerita lu org baca sampai faham


-SEREMBANBOY-

December 14, 2011

Siapa Itu Ultra ? Part II

Baru aku perasan yang agak berat nak tulis tentang ultra ultra ni. Aku nak tulis perkataan ultra pun takut. Aku gagahkan diri juga. Kali ni aku tambah lagi dua isi aku. Pernah satu ketika aku harap yang sokongan cara ultra ni menjadi satu cara penyokong meluahkan sokongan mereka terhadap pasukan itu atau team itu sendiri. Tetapi aku sudah rasa harapan aku itu hilang sedikit demi sedikit. Mengapa aku kata begitu ? Mari aku cerita.

Ultra hanya ramai ketika diatas , sedikit ketika ditengah , hilang ketika dibawah.
Mungkin orang akan kata ,

'Kau memandai je cakap ultra sikit ketika ditengah.  Habis time lawan Bahrain tu apa ? Walaupun Malaysia kalah kepada Syria sebelum tu , makin bertambah je aku tengok'.

Okay abang , saya akui ye bertambah. Tetapi bagi yang mengikuti Liga Malaysia , dimana mereka ini semua dikala pasukan negeri mereka main ? Kalau di Negeri Sembilan , ultra hanya ramai ketika Semi-final Piala FA. Even ketika suku akhir pun tak ramai mana. Dimana abang abang sekalian ketika di pertengahan Liga Super ? Dimana abang abang semua ketika Negeri Sembilan dicop belasahan ? Dimana abang abang semua ketika Negeri Sembilan jatuh sedikit demi sedikit ?

Abang , tengok dari jauh ke ? Kenapa malu nak join ? Kerana pasukan kalah ? Kerana Negeri Sembilan dicop pasukan belasahan ? Even last game Liga Super pun , tak ramai seperti dijangka kan. Ketika Semi Final Piala FA, gah masing masing. Abang abang semua pandang adik adik macam saya ni hina sangat. Konon kami ni hanya join untuk suka-ria. Saya hanya tunggu dikala Negeri Sembilan terumbang ambing , abang dimana ketika itu. Mungkin sibuk menghisap cerut , makan malam bersama keluarga di Syafiqah Tomyam atau sibuk melepak bersama kawan menonton Twilight : Breaking Dawn Part II.


Merendahkan orang yang menonton Liga Luar Negara
Adik ada juga perasan golongan ini. Mereka akan kata ,

'Luar negara kau support , dalam negara kau tak support'

Siapa anda untuk menilai mereka sebegitu rupa ? Ya mereka memakai baju Menyu , Mensiti , Celsi , Asenel tetapi mungkin mereka berhati Malaysia juga. Adik tak suka orang memaksa maksa ni. nanti jiwa yang datang dari hati kita sendiri , tiada. Ambil contoh , rakan anda selalu paksa anda masuk golongan ultra. Jika tak masuk , nanti dikata ketinggalan zaman. Percayalah , jika anda masuk kerana dipaksa , anda akan rasa yang ultra dan anda tidak masuk. Jika anda jenis pemakan kuaci , teruskan. Mungkin suatu hari anda akan dapat 'hidayah' tentang ultra .

Maaf , lari topik sekejap. Jika anda die-hard luar negara , teruskan tetapi dalam masa sama ambil juga tahu tentang Liga Malaysia. Mungkin anda tak mampu menyokong kesemua game , home and away tetapi atleast anda ada pergi stadium dan bersorak untuk pasukan negeri anda sendiri. Ada orang yang dia die-hard luar negara dan dalam negara. Bagi adik , luar negara ni boleh dinilai permainannya. Cantik , kemas , teratur. Berbeza dengan dalam negara yang tidak seteratur luar negara. Tetapi , minat anda terhadap dalam negara akan bertambah jika anda ambil tahu tentang pasukan negeri anda. Luar negara bukan tanah tumpah darah kita.

Ultra , suatu perkataan yang anda tak patut busukkan.
Ultra , suatu perkataan yang anda tak patut manipulasikan untuk kepentingan sendiri.
Ultra , tiada siapa tahu akan maksudnya yang sebenar dan orangnya.

December 5, 2011

Siapa Itu Ultra ?

Macam selalu orang cakap , ultra itu tiada nama . hanya kawan mengenalinya . itu bagi aku typical statement yang dicelup dari ultras-tifo.net . bila tanya , itu orang akan jawab . mungkin orang itu sendiri ambil dari page 'ultras-ultras' . Kebelakangan ini , nama Ultras Malaya naik . angkara media dan sebuah portal bolasepak . media telah mengangkat UM sebagai 'scene' penyokong yang baru . portal itu pula menghentam UM kerana panggil orang tak patriotik ketika Malaysia kalah kepada Bahrain temph hari .

Ini pendapat aku . portal itu tak salah sepenuhnya cuma ayat dia yang mencengkam jiwa . aku sendiri ikuti portal itu . sebenarnya mungkin bukan semua dalam UM kata penyokong lain tak patriotik , tapi macam kata pepatah - setitik nila , rosak susu sebelanga . begitu juga jadi padas UM . mungkin yang cakap tu konon nak dabik dada bahawa dia seorang yang patriotik kerana stay sampai 90minit .

Come on , siapa yang tengok Menyu vs Mensiti tempoh hari juga tahu yang fans Menyu ada yang dah tinggalkan game ketika dah kena 1-4 . time kena 1-6 jangan cakap lah . selalu game game BPL pun fans akan tinggalkan game jika pemain dan pasukan itu bermain teruk . siapa tak sakit hati kalau main tendang ikut sesuka hati , pass merewang , defend macam kartun dan sebagainya . mereka bayar RM20 mengharapkan sinar harapan tapi itulah , takde rezeki .

Yang dah lama dalam scene UM juga tak boleh buat apa . nak taknak , kena hadap . but atleast people now know who is Ultras Malaya and other ultras . ni mukadimah . aku nak ingatkan sikit je tentang hal patriotik tu .

Okay , who is ultra ? tiada orang tahu . ini pesanan dari aku yang tak sampai setahun dalam scene ni . ibarat masih me-nenen .

Jangan claim anda ultra Tak perlu nak claim anda ultra , tak perlu nak merendahkan neutral fans yang lain . ultra sangat ke sampai fans yang sama sama sokong pun kau nak rendahkan ? kau nak meramaikan orang dalam gerakan ni tapi kau membanakan pemakan kuaci , pemaki dan sebagainya . aku lebih rela dengar orang memaki dari dengar air-horn tu . pemakan kuaci dan pemaki tu semua lagi setia dari kau sebenarnya . ada yang baru berumu 20an tapi nak marah marah kat pakcik yang 50an . apa yang kau tahu pasal scene bolasepak Malaysia selain join ultra ? mungkin tanya pasal Bekamenga pun kau terpinga pinga . aku kelaskan kau sebagai bangang sombong .

Tiga cores - Disiplin , Jiwa , Kerjasama Takde salah satu , ranap . kau takde displin , merewang sana sini lompat dan sebagainya tanpa ada gerakan terancang , adakah nampak cantik gerakan tu ? kau datang tapi setakat tepuk tepuk lemah , keluar suara macam budak demam panas , adakah cukup ? kau datang awal tapi bantai makan burger kurang timun , daging mentah tapi mahal tu semua , bila orang panggil kau untuk tolong bawak flag dan gendang , kau bantai buat buat sakit perut dan perlu ke tandas kerana kononnya najis kau sedang meleleh . kerjasama ke tu ?

Setakat ada baju , tapi jenis pemalas semuanya , elok kau pancutkan baka tak elok kau dan buang di atas baju tu . kau beli lah baju seluruh dunia sekalipun tapi tiga benda atas ni kau takde , baik kau simpan duit tu beli perkakas dapur . mungkin ada yang boleh ditambah lagi tapi tiga ni penting .

Masuk untuk popular Yang ni bangang . serius bangang . kau masuk , amek gambar kau sendiri guna camera 3.2megapix kau then upload kat facebook . muka wajib bermafla . kemudian caption - saya ahli ultra . kau pikir ni apa ? realiti show ? kau nak popular , pergi masuk Anda Ada 60 Saat . aku tak kisah kalau kau bermafla untuk elakkan asap tapi ada yang bermafla kat rumah kemudian masukkan dalam album mobile uploads dekat facebook . bila dekat curva , suara hilang . demam panas mungkin .

Kalau nak gambar cantik , duduk dekat tengah curva tu dan amek gambar . shot yang menarik . lately , ramai amek gambar macam tu . tapi bila babitkan ultras negeri , kau tak berani amek gambar macam tu sebab orang yang join sikit . kau hanya duduk di hujung hujung dan buat buat tak kenal orang . bila time UM , habis semua orang lama kau kenal . join ultras negeri , besarkan ia macam UM . be among the people who make the culture grow .



Aku rasa ini sahaja kot aku nak tulis buat masa ni . kalau ada apa apa pertambahan , aku buat part two . ubah sebelum terlambat .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...