April 27, 2013

Berikanlah, Kemenangan



Negeri Sembilan pernah rasai kemenangan, itu pun sekali. Selepas itu, seri dan kalah menjadi satu perkara yang biasa. Masa liga belum pun bermula, aku berbincang dengan ayah aku tentang hal bolasepak Negeri Sembilan. Kawan dia kata bahawasanya Alves memegang prinsip - "If you want to play football, you must keep the ball". Kesahihan perkara yang ayah aku cakap tu aku tak pasti sama ada ayah aku quote kan benda tu atau Alves yang cakap benda tu.

Namun, quote tu tak menjadi. Hari ini quote itu berubah - " Jika anda mahu menjadi coach, anda mesti memberi janji manis kepada penyokong". Penyokong berontak, tiada tindakan di ambil. Semalam, Negeri Sembilan kalah satu kosong kepada Terengganu. Pemain menyalahkan pengadil, penyokong menyalahkan Alves.

8.30pm, home game. Anda akan terkejut jika pertama kali datang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi setelah sekian lama tak datang. Ini kerana, penyokong kini memakai baju berwarna putih sambil ada sedikit kulat-kulat. Penyokong memakai baju kuning hitam atau merah semakin berkurangan. Warna putih menguasai stadium.

Alves, sila letak jawatan. PBNS, rombakan. Itu sahaja yang mampu selamatkan bolasepak Negeri Sembilan buat masa ini. Bukan mudah penyokong nak terima pahit kejatuhan ini sambil ahli-ahli PBNS sedang sibuk dengan scene politik. Liga Perdana sudah sedia menyambut kepulangan Negeri Sembilan.

If you can't win, you die abah dia.
Dah berapa game tak menang pun kau tak mati jugak, Alves.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...