Rakan Komplot

ULTRAS NOGORI9 / UN9
Ditubuhkan pada 1/1/11. Tanah Tumpahnya Darahku, Musuhnya Habis Binasa! ONLY THE BRAVE CAN NOT BE DEFEATED


Ultras Nogori9 (UN9) telah diwujudkan pada 1 January 2011. Kewujudan Ultras Nogori 9 bukanlah untuk menggantikan penyokong sedia ada seperti kelab e-penyokong dan sebagainya. kewujudan kami adalah untuk menjadi pemain ke-12 ketika setiap perlawanan yang membabitkan skuad Negeri Sembilan tidak kira apa jua yang berlaku.

Prinsip kami adalah, walau apa pun yang berlaku kepada skuad rusa. kami tidak ak...an berhenti berdiri selama 90 minit sambil memberi kata-kata semangat supaya pemain sentiasa berjuang walaupun ketinggalan oleh pihak lawan.Kami akan datang "menyokong" bukan "menonton"

"Tifo"(gerakan) kami akan bertandang di KONA 4C dan akan bersama-sama pakatan komplot kami Jang Brigade dan Ninth-Mania.

Sertai kami di KONA 4C jika anda betul-betul punyai jati diri sebagai seorang ultras

ULTRAS NOGORI 9 FACEBOOK PAGE

ULTRAS NOGORI 9 OFFICIAL BLOG

ULTRAS NOGORI 9 TWITTER

ULTRAS NOGORI 9 YOUTUBE PAGE



JANG BRIGADE
" This is how we sing, this is how we fight, this is how we stand"


Jang Brigade bukan sebuah kelab atau persatuan tetapi merupakan komplot anak-anak muda Negeri Sembilan sebagai penyokong tegar pasukan bola sepak Negeri Sembilan yang berkomplot bersama Ultras Nogori 9 dan Ninth Mania. Juga berkomplot bersama Ultras Malaya untuk menyokong pasukan kebangsaan, Malaysia.

Kelahiran kami bukanlah untuk menggantikan kelab penyokong yang sedia ada seperti kelab e-penyokon...g dan lain-lain. Kami cuma ingin menerapkan budaya "ULTRAS" ke seluruh pelusuk negeri. Banner, tifo, chants, corteo, pembakaran flare dan pelbagai cara akan kami lakukan bagi memeriahkan perlawanan terutamanya di Stadium Tunku Abdul Rahman(STAR), Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.

Memegang tanggungjawab sebagai "pemain ke-12", kami memberi sokongan tanpa henti kepada pasukan Negeri Sembilan, menang atau kalah, merupakan pegangan utama kami.




JANG BRIGADE'S FACEBOOK PAGE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...