Sejarah

Diasaskan pada Oktober 2010 oleh beberapa anak muda yang mahukan kelainan dalam menyokong pasukan kesayangan mereka iaitu Pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan. Bukan untuk membayangi kelab penyokong dan persatuan sedia ada, tetapi sekadar ingin memeriahkan warna-warni bola sepak tempatan.

Ninth Mania™ adalah gerakan penyokong Pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan yang mahukan kelainan dalam cara menyokong pasukan kesayangan mereka, seperti meletakkan bendera-bendera besar, banner-banner gergasi, panji-panji semangat buat pasukan kesayangan kami untuk memeriahkan suasana di dalam halaman keramat kami iaitu KONA 4C, Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi (STAR of Paroi).

Debut pertama kami adalah di Stadium Nasional Bukit Jalil semasa finalPiala AFF Suzuki 2010 semasa Malaysia menundukkan Indonesia 3-0. Pengalaman yang cukup indah bagi kami dapat bersorak  bersama Ultras Malaya. Disinilah pemangkin kami untuk berjuang memeriahkan suasana Liga tempatan pada era baru ini.










Akhir kata, sama-sama kita memberikan yang terbaik untuk semua.
Hobin Jang Hobin !

Di mana kami memijak, Di situ No9ori ku junjung !
Kami Adalah MANIA !!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...