August 29, 2011

Ketaksuban Remaja Terhadap Budaya Ultras


Ini post nasihat . mungkin bukan aku sahaja kurang puas hati , malah ada beberapa teman dan komrad sama juga tidak puas hati . ini tentang ketaksuban remaja terhadap budaya ultras .aku tidak kisah jika mereka taksub kerana minat , cinta mereka terhadap negeri dan negara namun ada yang masuk kerana nampak ultras ini seperti satu fenomena . seperti Akademi Fantasia pada tahun 2003 dimana semua duduk depan tv , tidak kira budak kecil , remaja dan warga emas . misi mereka untuk tengok Vince , Khai , Rosma yang sekarang bukanlah seorang penyanyi namun buat benda lain . pejadah buat program realiti kalau dah tahu 'artis' tu nanti jadi pengawal keselamatan Ukay Perdana ?

Pada tahun 2007 , Ultras Malaya ditubuhkan . aku tak tahu sejarah nya , namun banyak halangan dan dugaan dihadapi mereka pada awal ditubuhkan . dibaling burger , air botol . hanya mereka yang lalui saja yang tahu betapa peritnya time nak bangunkan UM itu sendiri . mereka tetap bersemangat dan berjiwa besar . tiga tahun selepas ditubuhkan , usaha mereka berbaloi . dikenali ketika semi final AFF menentang Vietnam . ketika itu semua tabik dan mahu mengenali siapa itu UM .

Namun tak semua suka , ada jugak yang membenci usaha murni mereka . ada yang menganggap mereka gila kerana berdiri selama 90 minit untuk memberi semangat kepada pemain Malaysia . dan selepas final AFF banyak ultras negeri ditubuhkan . sebelum final juga ada ultras negeri ditubuhkan seperti Perak (Silvermania) , Kedah (Ultras Kedah) , Selangor (UltraSel) . malah Ninth Mania juga ditubuhkan sebelum final AFF 2010 .

Harini , ramai anak muda dan remaja mahu join ultras . ada yang betul betul jiwanya untuk negeri , namun ada yang tidak . harini saya mahu rungkai tentang yang tidak itu . jika dilihat di page page ultras negeri , banyak yang like . mungkin ada yang dari negeri luar . seperti UKTRM (Ultras Kelantan The Red Mania) , berbelas ribu like di facebook . namun berapa ratus yang muncul di Stadium Kota Bharu ? jauh panggang dari api . ada yang kata , 'tidak apa lah . ini tunjuk dorongan orang ramai  kepada ultras itu sendiri ' . ye , memang namun apa salah jika setiap game lebih kurang dua ratus orang memenuhi curva curva . lebih baik pengelike pengelike itu turun stadium sendiri .

Bagi saya , banyak yang cakap lebih buat tidak . cakap di facebook , 'besok saya akan join tak sabar nak join . ultras selamanya ' . namun , ada yang hanya cakap sahaja . tapi masih tak join juga . alasan - saya malu . saya tak kisah yang maki dan makan kuaci kerana ada mereka itu setia kepada negeri dan negara juga . kalah menang mereka tetap disitu . namun remaja remaja dan anak muda sekarang hanya bangga kerana menjadi seorang ultra . di sekolah , heboh tentang konon dia join curva . konon dialah seorang ultra di sekolah . konon tiada ultra lain di sekolah selain dia .

Ini saya lalui sendiri , ada yang chant sehingga ke kelas . saya hanya mampu tengok . nak tegur , takut nanti taknak join ultras lagi dah . konon ultras ni ganas dan macam bagus . ada yang panggil saya abang ultras sambil mengangkat tangan . saya hanya dapat dia suruh relax sahaja . abang ultras ? tiada hierarki didalam ultras . tiada brother besar atau apa . semua sama sahaja .

Jika lihat di page facebook Ultras Malaya , ramai remaja yang melalut di page itu sehingga wallnya terpaksa ditutup . jika dulu saya bukak facebook setiap hari , notification sampai 50 terpampang di kiri page dan semuanya melalut seperti - Ultras Selamanya dan sebagainya . ada yang kasi idea untuk chant baru ? tiada . semua tulis mengarut melalut . saya tahu , UM baru permulaan . belum lagi 10 tahun lagi mungkin di curva , sehingga 2-3 ribu join untuk chant . ketika itu ragam lagi pelbagai . poyo , bongkak akan lahir di dada para remaja . aku tahu itu . sekarang pun sudah ada . namun jumlah nya masih kecil .

Saya hanya nak seru , pergi join ultras hanya kerana cinta akan negara dan negeri . nasionalisme , patriotisme yang semakin menghilang dikalangan remaja perlu dibangkit , diseru semula . percaya atau tidak , selepas saya sertai ultras ini , memang semangat cinta akan negara , negeri , kelas mahupun sekolah akan bangkit . ini bukan Smakshok yang menipu , ini jujur . saya laluinya .

Pesanan saya , apabila anda sertai anda akan ketagihan . namun jangan bawa ketagihan itu ke sekolah . jika iya pun , lakukan di kalangan rakan anda . tarik mereka untuk join namun jangan paksa . sokongan dari hati diperlukan . tak perlu heboh heboh , ini adalah top secret . tiada siapa mengenali anda ultras kecuali rakan dan keluarga . jika bangga kerana sertai ultras , kemudian chant di perhimpunan atau ketika rehat kuat kuat , sila hentikan . ini amaran keras . saya taknak perkara bangga dan taksub gilababi terhadap ultras sehingga membawa ke sekolah menular ketika ultras diterima ramai atau mula popular .

Jangan hanya sertai Ultras Malaya sahaja , sertai ultras negeri anda sendiri . jangan malu kerana bilangannya sikit , jangan malu jika ke-stim-mannya , ke-surup-annya tidak sama seperti UM . UM sudah laam bertapak walhal ultras di setiap negeri baru hendak memulakan langkah . UM berjalan , ultras negeri negeri masih merangkak . setiap negeri sudah ada , atau mungkin beberapa negeri tidak ada . biar mula dari bawah , jangan ketika dipuncak sahaja baru nak join . apa yang kita lakukan , semua kita mula dari bawah . membuat , mengekalkan , menaikkan budaya ultras bukan senang . kerjasama , sokongan , jiwa diperlukan .

Saya masih budak sekolah .

August 23, 2011

Bukit Jalil III

video

Hello guys , apa macam ? dah 23 Ramadhan dah . tuptaptuptap dah nak raya . semua semangat nak raya , semua tak sabar nak balik kampung . sampai iklan raya berlambak dekat tv . aku paling suka..lah sangat ialah iklan syarikat abam Yusopaslam . dia punya camera paling lawa . tak ubah macam aku tengok Gerak Khas . iklan dengan cerita , sama je . apatah lagi filem . filem dia up sikit . semua kutipan bokopis .
video atas aku buat secara amatur sahaja memandangkan aku pun amatur . nikmati , pejam , pancut .

Semua dah ready dengan Piala Malaysia 2011 ? come on guys , lagi beberapa hari je ni. 6 September dah mula dah ni . lawan PKNS di arena lawan , kemudian lawan Sime Darby dekat STAR of Paroi . apalagi , hobin sampai abam opis ni menangis lah . lain jadual boleh tengok entry di bawah ye .

Jersi , mafla , jiwa , semangat semua dah ready ? belum ? okay nikmati raya dulu , lepas tu hobin sehobin-hobinnya . Negeri Sembilan juga ada meminjam Munir Amran dari Pahang . boleh main bek kiri dan midfield . dahulunya pernah bermain untuk Felda United sebelum berhijrah ke Pahang . itu je aku boleh bagitau , yang lain suruh pakcik Google carik . sekarang carik , sementara pakcik Google dah habis makan moreh .

Lagi 8 hari juga adalah Hari Kemerdekaan Malaysia . bendera dah siap ? dah gantung ? kalau tak yang besar , kecik pun jadi . lekat dekat kereta . nak paling power , guna kertas , lekat dekat lidi sate . itu cara aku time sekolah rendah . kibar jugak , walaupun roman tak seberapa . asal kita bangga dan tahu maksud semua lambang tu . bendera Shellshi , Menshehshter boleh pegang dengan bangga , takkan negara kita punya tak boleh kot ?

Bangga .

August 5, 2011

Piala Malaysia 2011

Undian PM2011 sudah pun dilakukan petang tadi di Pentas Utama SNBJ . aku tak sempat tengok , cuma aku tengok banyak ruang kosong di tempat duduk lalu membuat aku bertanya ,

'apa jadah dia buat dekat SNBJ ?'

Okay , aku hargai apa yang mereka cuba buat . memang la peminat semua akan tengok cuma pilih la tempat yang simple . Wisma FAM ada , berlambak tempat lagi nak buat . dan dengar cerita , ucapan semua panjang berjela dan mengarut sungguh . hadoi , FAM FAM . apa nak jadi . lepas ni buat la mengikut ke-eksklusif-an piala itu . undian ni bukan satu Asia tengok . lain la mcm UCL , World Cup semua tu . satu dunia tengok . ini hanya piala yang gah di mata Malaysia , Asia Tenggara dan Asia mungkin .

Cukup la nak cerita pasal kelemahan FAM , kang ada uncle uncle FAM yang anti-N9 kang . jadi negeri yang berpanjikan Kuning , Hitam , Merah ini telah diundi bersama Terengganu juara Piala FA , PKNS juara Liga Perdana , dan Sime Darby yang memalukan pasukan kesayangan intan payung FAM iaitu Pahang .

Boleh dikatakan group of death juga . ye memang group of death tapi macam macam boleh berlaku . biar kita di-underate asal kita mampu buat kejutan . dulu PM2009 , kita bukan pasukan yang jadi favourite , tapi N9 berjaya jugak menang sekaligus buat semua tabik hormat dekat N9 .

Jadual Perlawanan Piala Malaysia 2011: Group B:
(Tertakluk Kepada Sebarang Perubahan Terakhir)

  6 September 2011 - PKNS FC lwn NEGERI SEMBILAN
10 September 2011 - NEGERI SEMBILAN lwn Sime Darby
13 September 2011 - NEGERI SEMBILAN lwn Terengganu
17 September 2011 - NEGERI SEMBILAN lwn PKNS FC
24 September 2011 - Sime Darby lwn NEGERI SEMBILAN
27 September 2011 - Terengganu lwn NEGERI SEMBILAN

Suku Akhir: Oktober 4 dan Oktober 8, 2011
Separuh Akhir: Oktober 14 dan Oktober 22, 2011
Akhir: Oktober 29, 2011

Meh ramai ramai penuhkan STAR of Paroi . kasi gentar semua musuh . habis binasa mereka terus dan taubat nak datang STAR of Paroi . oh ye , maaf la lambat tapi Ninth Mania mengucapkan ,

Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...