February 28, 2011

Hobin Jang Hobin ke Kota Bharu!

Dua penyandang juara 2010, Negeri Sembilan (Juara Piala FA 2010) akan betandang ke Kota Bharu akan bertemu dengan Kelantan (Juara Piala Malaysia 2010) 1 Mac ini. Tidak salah kalau hendak diungkapkan bahawa ini antara perlawanan HOT untuk musim ini yang turut diakui oleh Tan Sri Annuar Musa sendiri selaku presiden KAFA. Kedua-dua pasukan yang menghuni top 3 MSL 2011 ini, bakal mempamerkan perlawanan yang rancak ekoran status kedua-dua pasukan yang dibarisi pemain-pemain yang berkaliber.




Yang menariknya juga, dua ultras dari kedua-dua negeri ULTRAS NO9ORI( Negeri Sembilan) dan THE RED MANIA(Kelantan) akan bertembung melawan chant. Ultras No9ori, Ninth-Mania, Jang Brigade dan penyokong-penyokong lain akan turut menghadirkan diri ke sana. Menang atau kalah tidak lah menjadi ukuran tahap kesetiaan kami.

February 27, 2011

Sinar untuk Sang Rusa

Sebelum ini, Wan Jamak diberi amaran oleh Tok Mat (Pengerusi PBNS), jikalau kalah lagi, beliau akan digantung dari menjadi coach Negeri Sembilan. Setelah 2 kali kalah berturut-turut, Wan Jamak menghela nafas lega dek kemenangan Negeri Sembilan ke atas Sabah 1-0 di Paroi. Seperi biasa, Ultras No9ori, Ninth-Mania,dan Jang Brigade yang berkubu di KONA 4C untuk menberikan sokongan padu kepada skuad Hobin Jang Hobin.










"Walaupun sebenarnya kami mengharapkan kemenangan, tapi realitinya, kalah dan menang bukanlah ukuran kami untuk menjadi The 12th player" - Dimana kami memijak, di situ No9ori ku junjung

February 23, 2011

Road to London - Malaysia vs Pakistan



Come on guys... Harimau Malaya sekali lagi beraksi di Shah Alam pada rabu 23/02/2011 ini..Kali ini skuad muda kita meneruskan kegemilangan selepas membenam Hong Kong 2-0 yang lepas.
Ayuh .. Berilah sokongan kepada mereka...Malaysia need us..dengar takk..they need us.. for the sake of Malaysia...sokonglah Malaysia.. kalau tidak..apa lah gunanya motto-motto,

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU, HIDUP MATIKU MALAYSIA...

Be true..joinlah kami dan saudara-saudara Ultras Semalaysia di SSA..
Pastikan manggis berbuah-buah haha...

PAKISTAN


Goal keepers:
Yousof Ejaz Butt (Birkerod IF Skjold, Denmark), Amir Gul (NBP), Muhammad Omar (KESC)
Defenders:
Manzoor Ahmed (WAPDA), Alamgir Khan (Police), Ahsan Ullah (PEL), Obaid Majeed (KPT), Ansar Abbas (Army)
Midfielders:
Faisal Iqbal (NBP), Syed Arif Hussain (WAPDA), Muhammad Tauseef (WAPDA), Muhammad Adil (KRL), Mahmood Khan (KRL), Irfan Khan (Bradford Park Avenue Association Football Club, England)
Strikers:
Saddam Hussain (PIA), Fahad Ullah Khan (PTV), Jadeed Khan Pathan (WAPDA) CAP, Rizwan Asif (KRL) VC, Kalim Ullah ( KRL)


MALAYSIA


Goal Keepers :
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Mohd Izham Tarmizi Roslan (Harimau Muda A)
Defenders:
Mohamad Muslim Ahmad CAP, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Faizal Muhamad, Mahalli Jasuli, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohd Fandi Othman (Harimau Muda A)
Midfielders
K. Gurusamy VC, Wan Zaharulnizam, Mohd Irfan Fazail, Robbat Gary Steven, S. Sivanesan, Wan Zack Haikal (Harimau Muda A), Mohamad Faizal Abu Bakar (Kedah)
Strikers:
Mohd Ferris Daniel Mat Nasir )Harimau Muda A), Ahmad Shakir Ali (Kedah), Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan)
Stand byes:
V. Kavi Chelvan,  Muhammad Zamir Selamat, Nazirul Naim Che Hashim, A. Thamil Arasu, Wan Nor Wan Zakarian, Muhammad Nazmi Faiz, D. Saarvindran, Abdul Shukor Jusoh.

February 11, 2011

Rentak cemerlang Harimau Malaya

Bagaikan masih lagi di dalam aura kemenangan Piala AFF Suzuki pada Disember yang lalu, skuad Harimau Malaya sekali lagi membuktikan mereka sememangnya layak digelar "Jaguh Asia Tenggara" selepas membenam Hong Kong 2 berbalas 0 di Shah Alam pada 9 Februari yang lepas.
Tanpa kelibat tonggak-tonggak skuad AFF seperti Muslim, Fadhli Shas dan beberapa lagi, skuad kebanggan seantero Malaysia ini mempamerkan aksi cemerlang mereka dengan ledakan 2 gol dari Safiq Rahim dan jaringan minit-minit akhir pertandingan oleh Amirul Hadi.
Ninth-Mania juga tidak ketinggalan memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya bersama rakan sekomplot kami Jang Brigade dan Ultras No9ori. Bersama bergabung dengan Ultras Malaya memeriahkan suasana curva Gate 15 di Shah Alam.Malaysia aummm...!!!









February 5, 2011

Trip Ke Ipoh !

Tanggal 12hb Feb ini, Ultras No9ori, Ninth Mania dan Jang Brigade akan bertandang ke Ipoh bagi memberi sokongan kepada pasukan kesayangan kami menentang Perak. Sesiapa ingin sertai, jangan malu, jangan segan, sertai kami.

INFO: EVENT

ULTRAS NO9ORI AKAN KE IPOH MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KTM.
TEMPAT BERKUMPUL DI KL SENTRAL JAM 7.00 PAGI.

KETOAPI AKAN BERTOLAK JAM 8.00 PAGI [12/02/2011],
DAN BERTOLAK PULANG JAM 2.30 PAGI [13/02/2011]

HARGO TIKET UTK PERGI - RM 12.00
HARGO TIKET UTK BALIK - RM 10.00

UTK PEMBELIAN TIKET SILO PM ---> www.facebook.com/ujinms

February 1, 2011

Review penampilan Ninth Mania, Ultras No9ori, dan Jang Brigade di Paroi part 2

Negeri Sembilan vs T-Team

Bonus untuk penyokong Negeri Sembilan, sememangnya perlawanan ini sepatutnya T-Team menjadi tuan rumah, memandangkan masalah-masalah yang tak dapat dielakkan, ia diadakan di Paroi. Kali ini tiada flare dinyalakan dalam stadium pada hari ini, bagi kami ia seperti satu perkara yang tidak lengkap. Seperti biasa, perjuangan kena diteruskan, aksi pertama dimulakan dengan tifo.
Dengan kehadiran yang bertambah ramai, kami berjaya menambah bilangan kami untuk bersorak di curva keramat kami KONA 4C. Seperti biasa, banner-banner digantung, bendera-bendera gergasi di kibarkan untuk memberi semangat kepada pasukan kami. Bonus kepada kami Negeri Sembilan berjaya menewaskan T-Team 3-1. Seperti telah dinyatakan sebelum ini, siapa lah Ultras tanpa flare, kegembiraan kami di hidupkan dengan membakar flara di lot parking di luar. Ibarat pesta para-para ultras bersorak, menari sehingga menarik perhatian ramai. Mungkin ini sesuatu baru kepada mereka, ini lah kami..Againts modern football

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...