March 11, 2013

Se-puluh




Kalau kau tanya aku, apa rasanya 10 perlawanan tanpa menang. Aku akan jawab,

Kau pergi mati lah.

Ya, bila-mana pasukan kau dulu antara digeruni di arena bola-sepak Malaysia, kini menjadi pasukan tercorot di dasar liga.

"Habis lawan Lions ni baru habis first-round liga brader, relax la."

Kau tengok sendiri team di liga mana-mana sahaja, mereka akan buat apa jika team mereka tidak menang 10 atau 15 perlawanan berturut-turut. Mereka pecat jurulatih, carik jurulatih yang boleh pimpin team untuk sekurang-kurangnya menang satu piala. Kita di-sini pula lebih mengamalkan - Lek luuuu, makan popia luuuuu.

Alasan ramai player yang cedera dari sebelum season aku dah dengar. Ada juga alasan sebegini - Yang main sekarang budak Presiden brader, bukan full skuad. Persoalannya, Azraai Khor dulu ambik budak Presiden juga ketika pimpin team. Tak seteruk macam ni pun. Kita ini terlalu banyak memberi alasan sehingga tiada masa untuk mencari jalan penyelesaian.

Aku tidak tahu sudah berapa ratus atau ribu kilometer sudah mereka tempuhi dan berapa jam, minit dan saat sudah mereka lalui tanpa kemenangan.

Apa-apa pun, ini skuad kita. Jatuh bangun perkara biasa. Penyokong datang dan pergi. Kalau tanya rakan-rakan yang sokong Negeri Sembilan ketika menang piala, masuk final itu tentang situasi sekarang pasti mereka akan kata - Ahhhh malas la sokong, asyik tak menang je.

Di Malaysia atau di Negeri Sembilan khususnya, stadium penuh bila suku-akhir atau semi-final je.

Selamanya Negeri Sembilan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...