Komplot

Pada bulan Disember 2010, kami berpakat dan berkomplot dengan keluarga besar kami dari Ultras No9ori dan  kemudiannya bergabung dengan Jang Brigade untuk membuat kelainan dalam menyokong pasukan kesayangan kami.

Komplot yang dikenali sebagai KS30 iaitu sebuah group rahsia  dimana kami membuat perbincangan dan perancangan dalam group tersebut. Atas persetujuan ahli-ahli, kami membuat perjumpaan pertama di kedai 'Popia' berhadapan perkarangan Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi (STAR of Paroi). Perjumpaan ini disertai 20 orang wakil-wakil dari Ninth Mania, Ultras No9ori dan Jang Brigade, dan juga disertai oleh otai-otai Ultras Malaya.

Dalam pertemuan ini kami masing-masing memperkenalkan diri, seterusnya membuat perbincangan yang serius untuk memeriahkan STAR of Paroi untuk musim 2011 dan seterusnya untuk musim-musim akan datang.

Untuk mengetahui info-info berkenaan Ultras No9ori dan Jang Brigade sila layari blog mereka di Blog Ultras No9ori dan Blog Jang Brigade.



Keluarga Besar Kami

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...