November 5, 2013

2014 : Bersatu?

TBQ (bukan nama sebenar) telah menulis di laman sosialnya tentang bagaimana penyokong team-team lain sudah mula bersatu tetapi Negeri Sembilan masih lagi tidak. Dan terima kasih kepada TBQ kerana beri idea.

Kau pegi tengok Sarawak, Pahang, Kelantan malah JDT punya supporters macam mana bersatunya diorang dalam chant dan tifo (Final Piala Malaysia - Pahang dan Final Piala FA - JDT). Mungkin dengan kehadiran scene ultras mampu buat diorang bersatu padu tapi penyokong Kelantan misalnya dahulu mampu chant Gomo Kelate Gomo satu stadium rileks je tanpa adanya ultras.

Penyokong JDT mampu chant satu stadium walau bukan 90 minit perlawanan tapi impak chant tu yang penting. Kalau asyik 'kayu, bangang' je yang dilaungkan, pemain nak main dengan penuh semangat macam mana. Team dah lead group pun masih tak bersatu padu. Setidaknya supporters Kelantan yang semakin lantang chant Oh Ayuh Kelateku tu mampu buat team mereka naik semangat.

Away fans yang datang STAR pun rileks je chant macam tu home diorang. Tak malu ke beb? Pegi away team punya stadium kena chant setepek, home stadium pun kena setepek. Kau boleh hafal chant team BPL kau tapi kenapa tidak team negeri kau sendiri? Kasi kertas yang ada mengandungi chant tu kau buat jadi roket. Tak jadi apa kalau kau sendiri tak give a fuck tentang usaha orang lain.

Bangkitlah, jang sekalian. PBNS dah tidur, takkan penyokong pun tidur sekali? Scene bolasepak tempatan dah rancak. Kalau muzik dah rancak, takkan tak mahu menari sekali. Bukak mata dan mula melangkah.

FAM pegi jahanam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...