January 31, 2011

Review penampilan Ninth Mania, Ultras No9ori, dan Jang Brigade di Paroi part 1

Negeri Sembilan vs Harimau Muda A

Hari dan detik yang ditunggu-tunggu oleh kami, perlawanan pembukaan MSL 2011 serentak dengan perlawanan-perlawanan pasukan lain. Hobin Jang Hobin yang sinonim dengan Negeri Sembilan menentang skuad muda harapan negara Harimau Muda A yang menyertai MSL tahun ini setelah berkelana di Liga Slovakia pada tahun lepas.
Inilah yang ditunggu oleh kami, penampilan sulung kami di Paroi selepas 1st debut kami di Std Bukit Jalil 23hb yang lalu. Kami, Ultras No9ori, dan Jang Brigade bersiap sedia mengeluarkan kudrat kami selama 90 minit untuk memberi sorakan dan semangat kepada pasukan kami diatas padang.
Seramai 60 orang pada malam itu, satu jumlah yang amat meberansangkan untuk penampilan yang pertama. Banner-banner telah digantung, bendera-bendera semangat dikibarkan. Siapa Ultras tanpa Flare, flare dinyalakan pada malam dengan gaya yang berlainan, Ultras No9ori membuat bentuk 'N' sambil memegang flare ketika pemain-pemain masuk ke padang.
Tahap kepuasan pada malam itu memang tidak dinafikan PUAS!! terpancar pada muka-muka geng-geng Komplot pada malam itu. Credit to UN9,NM,JB also the fans.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...