April 13, 2011

Demi maruah dan kegemilangan

Maruah mu Negeri!! One blood!!One Soul!!

Mana maruah negeri!! Ini Paroi!! Kami mahu menang!! antara laungan-laungan yang dilaungkan oleh Ultras No9ori sejurus kekalahan yang memalukan 0-2 di tangan Kedah di Paroi kelmarin. Piket mini yang juga turut sama dihadiri Kelab Penyokong N9futbol ini bertujuan untuk menunjukkan rasa protes terhadap mutu permainan pasukan Negeri Sembilan yang gagal memberikan kemenangan yang dibarisi pemain-pemain ternama hasil pembelian besar oleh pihak PBNS. Malahan kekalahan ini memang tidak boleh diterima, mungkin gelanggang away 2-0 adalah perkara yang boleh diterima, tetapi ini STAR Paroi!!Gelanggang keramat kita, mana nak letak muka, status REAL MADRID Malaysia yang digembar gemburkan menghilang ke mana. Barisan pemain kali ini lebih hebat dari dulu, sepatutnya mutu permainan lebih baik dan lebih menjaminkan kemenangan. Wan Jamak telah mengorbankan diri beliau kerana tidak sanggup lagi menghadapi situasi macam ini, selepas ini apa pula, nak pecat Azrai Khor. Ambil lah Alex Ferguson, Jose mourinho sekalipun, kalau macam ini lah pengurusan dan perilaku pemain yang tidak berjuang demi pasukan dan penyokong yang masih setia dengan mereka, walaupun dihadiahkan kekalahan demi kekalahan, selamat datang ke Liga Perdana pada musim depan. Dah selesa sangat dengan status dan gaji yang lumayan sampai hilang cinta akan permainan bola sepak ini. PBNS apa yang kamu buat, cuma lihat dan pecat saja ke, nak tunggu masuk liga perdana baru rombakan besar-besaran. Kami yang di luar ini mampu melihat apa yang berlaku, inikan kamu yang didalam yang lebih tahu apa yang sebenar yang terjadi. Kami akan sentiasa ada di Kona 4C kami, dan kami akan sentiasa protes membuka mata kamu-kamu semua yang merosakkan maruah pasukan negeri kami.Kami hadir memberikan persembahan yang terbaik kepada pasukan kami, sekarang pemain lakukan persembahan terbaik anda. "Dimana bumi ku pijak, di situ No9ori ku junjung"


Video piket di Paroi
http://www.youtube.com/watch?v=vs4v5TFrFkY
http://www.youtube.com/watch?v=tIF0Gh5Wj30
http://www.youtube.com/watch?v=6en9HR5p92E
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...