October 30, 2011

In A Year


Alhamdulilah .

Gambar di atas diambil di Stadium Kedua Terbesar di Malaysia , iaitu Stadium Shah Alam . ye SSA , bukan Stadium Shah Zainal Alam Kadir ye . bukan bukan . nak cerita apa pasal semalam bro , menang dah . malas la main provok ni semua . macam macam kejadian berlaku diluar , didalam stadium semalam . lepas game pun ada kejadiannya , tapi biar benda tu jadi kenangan masing masing .

Macam macam cerita dihebahkan di lama sosial . entah mana satu betul , is it real or fraud . biasalah , kita boleh je nak hebahkan benda yang tak betul . aku boleh je cakap yang Eby Yus tu pak sedara aku . gebang lah sikit sikit . tahniah aku kepada Ultras Nogori 9 dan Ultras Malaya yang melakukan boikot di luar stadium semalam . atleast Abam Midin rasa 'sakit' sikit kan ?

Aku tak banyak idea nak post entry ni , cuma aku rasa macam tak percaya yang kita melalui ni semua just in a year . penyokong lain dapat terima kita . yeah , maybe not all of them but atleast some of them can accept us . UM dulu pun memerlukan beberapa tahun supaya diterima orang lain . maybe kita boleh cakap , 'ignore mereka , mereka taktahu perjuangan kita' tapi sampai bila kita nak orang mengutuk , mengeji kita ? dekatkan diri dengan neutral fans . if tak dapat chanting sama sama pun , tepuk tangan pun okay dah .

Some 'quote' made by Hazim Judan .

 Meh kita imbas balik detik bersejarah 29 Oktober 2011. Buat yang tak dapat hadir. Hayati apa yang kami lalui.

1. 5 petang mula berkumpul di parking. Chants mengutuk FAM dicipta bersama-sama.
2. 6 petang Corteo Bantahan kepada FAM bermula dan bergabung dengan UM.
3. Ditahan FRU. Salah seorang budak UN9 ditendang FRU. Berlaku kekecohan namun dapat diselesaikan setelah berbincang.
4. Corteo bersambung kali ni bergabung pulak dengan UT dan UM. Seruan FAM Bangsat diteruskan.
5. 7.30 berkumpul di tempat VIP. Hamidin bangsat kena setepek depan depan. (Puas dapat jerit Hamidin Anjing). Mendapat perhatian Tok Mat, Shabery cheek dan Annuar Musa malah datang berdekatan Ultras untuk menunjukkan rasa simpati mereka.
6. Agung sampai. Nyanyian lagu negaraku, Lagu kebesaran Negeri dan Terengganu.
7. Dapat tiket free dari orang FAM tapi dibakar depan-depan.
8. 8.30, Game hampir bermula. UN9 dan UT semakin sedih tidak dapat bersama-sama pemain di dalam stadium. Lagu Negaraku berkumandang. Buat pertama kalinya menyanyikan lagu Negaraku beramai-ramai di luar stadium. (Ni paling sedih sekali).
9. Menonton TV Kecik beramai-ramai di Gerai jersey.
10. Half time gate bukak, Semua UN9 masuk ke Stadium sambil melaungkan BUFFALO SOLJAH, KAMI DATANG BUFFALO SOLJAH. Penyokong Negeri Sembilan seperti teruja kemasukan UN9 malah memberi ruang untuk UN9 masuk. (Feel gila)
11. UN9 Memeriahkan stadium dan menggamatkan suasana dengan chant ooooooooooooo NE!! GE!! RI!! yang diikuti satu stadium.
12. Terengganu Gol. Semua penyokong Negeri Sembilan senyap tidak terkata termasuk UN9.
13. GOOAAAAALLLLLL Penyamaan. Penyokong kembali bersuara. Ramai yang mula menitiskan air mata.
14. GOOAAAAALLLLLL Kedua Negeri Sembilan. Penyokong Negeri gembira tidak terkata. Masa ni Jah jatuh longkang. Sumpah saspen gila babi. Tapi Alhamdulillah. Jah selamat bangun dan terus kembali ke port UN9. Salute you Jahweedrasta Lionofjudah.
15. KITA MENANG!! Habis semua flare dan smoke bomb dibakar. semua naik gila.
16. Pemain dan coach Negeri Sembilan terus menuju ke UN9 dengan muka yang sangat ceria.
17. TAMATLAH penutup bola sepak UN9 buat tahun ini.

Tak sangka kita dah melalui hampir setahun bersama. Suka duka. jatuh bangun semua pernah kita alami. Daripada komplot yang pertama. Akhirnya kita dah sampai ke penghujungnya. Jumpa lagi musim hadapan Comrade. Love you all.
To UN9 , 2011 adalah tahun kita berdiri dan merangkak menuju kejayaan . kita besarkan lagi family kita tahun hadapan . kita buat 'anak' banyak banyak . to achieve a dream , we must start from today . when we want to start it , if not today ? dan kepada neutral fans , N9Futbol , PSNS and other fans , thank you . tahun depan , STAR of Paroi kita kuningkan . kepada coach , pengurusan , players , tahniah dan terima kasih dari pihak Ninth Mania . tahun ini satu piala , mana tahu tahun depan tiga piala kita bolot sekaligus . tiga kali cuti la macam tu ye tak ?

Next year , many things will happen . join us , be one of us . Ninth Mania and Ultras Nogori 9 sentiasa mengalu-alukan anda . curva kami sentiasa dibuka untuk anda . 2011 , suka duka ditempuhi bersama . moga tahun hadapan lebih banyak kejayaan ditempa bersama .

October 24, 2011

Tiga



Negeri Sembilan layak ke final buat kali ketiga berturut turut dengan agregat enam tiga .

Layak kali ke-III , menang agregat 6 - III , dan agregat tu kalau tolak angka nya (6 - 3) jadi III .

Ini III sebab aku happy sejak Sabtu lalu .

Hai semua , apa khabar ? Misi III III dah terkubur , misi memerahkan stadium dah terkubur , misi final antar adik dan abang juga dah terkubur . yang bangkit dari kubur ialah Misi III . dan misi meng-kuningkan stadium juga dah berjaya dengan kehadiran kira kira 40,000 penonton . syabas dan tahniah semua . walau tifo kurang menjadi , tapi takpe . itu percubaan pertama .

Negeri Sembilan yang dulu terumbang ambing di Liga Super , didesak dengan diadakan piket depan STAR Of Paroi , dicaci dimaki , stadium kosong telah bangkit dan layak ke final . sejujurnya ketika aku tengok friendly , aku hanya rasa Negeri Sembilan layak ke suku akhir saja . dan ramalan aku sama dengan coach yang mensasarkan suku akhir saja . tapi , tekaan aku salah . layak ke final rupanya .

Oh ye , Stadium Shah Alam dipilih sebagai venue final . tiket ? kahkah! free of charge kalau tengok kat tv . kalau kat stadium kau bayarlah RM50 . makan satay kajang Haji Samuri kat Senawang lagi kenyang lu tau tak . jadi apa benda nak buat sekarang ? boikot lah . beli tiket kalau RM30 , kalau RM50 baik kau jangan beli . malas la nak cerita pasal FAM . kang abam Presiden datang STAR Of Paroi naik kuda kang , parah jang parah .

Jadi selamat menonton final di tv , takpun tonton kat big screen mana mana . tapi kalau harga tiket RM30 , turunlah stadium . tapi takde stadium yang lagi best dari stadium kita sendiri iaitu STAR Of Paroi .
 

FAM , nanti anda akan tahu siapa yang mentadbir . anda , atau rakyat .

October 21, 2011

Empat Dua

Post pendek .

Haritu dah menang 2-4 , apa tunggu lagi . sekarang pergi start enjin kereta anda dan pergi ke STAR Of Paroi utk beli tiket Semi-Final , 2nd leg . dah la harga RM8 , dan insyaAllah ada benda besar besok pulak tu . moga tak hujan besok .

Ala , susah sangat suruh je kawan kawan dekat dekat area Paroi utk belikan tiket untuk korang . nanti bayarlah RM8 balik . bawak RM10 , RM8 utk tiket dan RM2 utk air . kot naik harga air time SF ni , aku taktahu lah . kapitalis macam Famous And Mani betul . oh ye , jangan beli air-horn atau vuvuzela . bingit sangat la . luar negara takde pun guna tu , except Afrika Selatan haritu sebab tu instrument tradisional diorang . nak watcane kan .

Mari bersama kita kuningkan stadium besok . Rise Up!

JUMPA BESOK YE .

October 17, 2011

Halo Semi-Final !

Kredit kepada Zizol Omar

Ehwah Ehwah , kemain gembira jang-ers jang-ers bunyik bunyik hon lepas habis game . nampak benor menang ye dak ? sorry ler lambat update , happy benar menang . tapi watlek watchill , kang bongkak Allah tak suka . bersyukurlah . jadi jangan tanya menang ke tak lawan Felda United , kalau tak pejadah aku tempek Halo Semi-Final tu .

Lawan seterusnya , T-Team . boleh tahan team ni , dengan Indraputranya yang bagi aku arkitek dan penjaring yang kadang kadang tak diduga gol nya tu . kalau pasal formasi semua , biarkan jurulatih handle . jangan kau suruh coach letak abam kembar , Kuna main goalkeeper , Jai Marlias main midfield kanan . biar coach handle . kalau kau bising bising kat fb coach pun , tak guna jugak . baik kau tengok persembahan live Foster The People .

Harini , N9 akan bertandang ke Tranung . mengaharapkan kemenangan atau seri . dan Sabtu ni , hehe date kita jang-ers jang-ers semua . sesuatu akan dilakukan . mengharapkan kerjasama ye masing masing . siapa yang baru nak join , sila mencarik abam abam mafla UN9 , atau baju tulis Ultras Nogori . sila ikut abam tu . rasa dah pernah nasihat kan benda ni ? takpe , re-write balik .

This Saturday lad , mark on your calendar . our last home game in 2011 . moga kita dapat meraikan kemenangan di laman sendiri . Lautan Kuning sudah kembali . jaga jaga T-Team .


#sila jangan bawa hon atau vuvuzela ke stadium ye , dan jangan beli . bising . gantikan bunyian ini dengan chant chant yang memberi semangat kepada pemain . sekian .

October 10, 2011

Belang Oren Hitam

Celaka .

Felda United 1 - Negeri Sembilan 0
First Leg Suku Akhir Piala Malaysia '11 .

Hati masih panas bro , mana tak nya dengan kekurangan ajaran di Hamsani tu dekat Firdaus . aku duduk dekat rumah rasa nak menjerit je dekat dia . takpe , 14 ni kau tunggu Hamsani . nak tunjuk gangster ye ? hehe , Paroi tunggu kau .

Negeri Sembilan banyak menyerang , kena tiang , miss bola dan Hamsani yang cekap..lah sangat tu . mendebarkan sungguh . kejap aku tengok Selangor vs Perak , kemudian tengok Negeri Sembilan lawan . yelah , aku tukar sebab audio Arena jauh lebih sedap dari RTM1 yang Hasbullah cakap salah nama . bukan sikit , berlambak . tapi lek , tu trademark dia . salah cakap nama . Arena pengulas lebih fresh , lebih buat orang berdebar dan banyak info . RTM hanya dengar hon memekak dan vuvuzela bingit .

Oh ye , lagi satu . penyokong Felda tu semua hati ikhlas ke nak datang ? yelah , semua jersi Felda je . almaklumlah , sebelum ni memang takde kot penyokong Felda . ada pulak banner , Serang Bang Serang , Ini Kami Punya dan juga kain kain yang dibekal bagi menggantikan mafla / bendera . tak lupa juga banner yang diibaratkan sebagai flag diorang lalu mengibar ngibar dan mengangkat angkat . hebat hebat . aku di rumah memang tercengang  tengok .

Tahniah kepada penyokong penyokong yang hadir .

14 Oktober 2011 , 8.45pm , Revenge .

Hamsani , Felda United dan Elavarasan . Wait and see .

October 5, 2011

Lima Hari Je Lagi Wei!

Oh maaf maaf .

Haritu tak update pasal Negeri Sembilan lwn Tranung . Seri 0-0 . k dah .

Sekarang lawan kita ialah abam abam Felda . ingat Felda Felda ni kampung ke ? beragak sikit . Felda ada wifi sekarang . yang tengah bandar pun takde , pakai b-band je . ni Felda yang dulu kira corok corok pakai wifi . teknologi di hujung jari telunjuk betul . hebat hebat .

First leg akan main pada 10 Oktober 2011 , di Stadium MBPJ , Kelana Jaya yakni bermain away dahulu baru main home . lu bayang kalau dapat dahului first leg , confident untuk semi-final akan wujud . jangan memain dgn Felda United ni , bawah-anjing jugak tu . ada kata laluan ke final mudah , tapi kalau ambik mudah memang jawabnya over-confident la yang membawa kepada main tak tentu hala . bum sana bum sini , sudahnya gol takde . penyokong baling botol , baling mercun then tunjuk jari tengah . amek kau jari tengah , amek!
tapi selalu jari tengah aku layangkan kepada pemain lawan takpun kepada Ef-Eh-Em .

Macam aku selalu uar-uarkan dekat sini , aku harap lautan kuning  bergelora balik di STAR Of Paroi . lu orang ingat ni group stage lagi ke ? ni dah Quarter-Final! dah la Quarter-Final , untuk Piala Malaysia pulak tu . spezial spezial . kalau kau rasa RM8 tu lebih baik guna untuk beli kredit topup takpun minyak motor , go on . nak paksa pun tak boleh jugak . kalau aku jadi Menteri Besar , aku buat Ops Sebat iaitu sebat sape tak datang stadium tanpa sebab . ala macam dekat sekolah , sapa tak datang tanpa surat doktor dikira ponteng dan membawa kepada hukuman Jumpa Saya Di Bilik Disiplin . bedebah .

So , are you ready guys for some truly madly local football ? Hamsani , are you ready ? Negri players , make sure you are ready to bring the cup to our state . AK-9 , we trust on you .

#Australia vs Malaysia , 7th October . Astro Arena , Channel 801 . 5PM .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...