February 25, 2012
The Cityboys
Who are they? Mereka adalah ultras bagi pasukan Kuala Lumpur. Pasukan Kuala Lumpur bukan nama asing dalam Liga-M. KL antara pasukan yang digeruni pada era 80an. Nasib ensiklopedia bebas ada. Yang ni versi Inggeris ye.
Kuala Lumpur were one of the most successful Malaysian teams in the late 1980s after being crowned the league champions twice in 1986 and 1988. They also won the Malaysia Cup for three consecutive years in 1987, 1988 and 1989. The team enjoyed considerable success in cup competitions in the 1990s, winning the Malaysian FA Cup in 1993, 1994 and 1999. Kuala Lumpur won the Malaysian Charity Shield, also known as the Piala Sultan Bola on three occasions, in 1988, 1995 and 2000.
Namun , KL merudum pada saat aku minat pada bola ketika darjah 4 atau 5. Aku taktahu mereka ada sejarah yang gemilang pada tahun dahulu. Pada tu , mereka dipimpin Tan Sri Dato' Elyas Omar yang ayah aku sendiri gemburkan sebagai salah satu kenapa KL begitu gah pada masa dahulu. Sekarang ni , Nong Chik tu? Datuk Bandar yang nerd. Dengan spek dia , rambut dia. Lepas tu cakap layu je. Dah la layu , mengarut pulak tu. Dah mengarut , janji manis pulak tu. Taktahu apa cerita Stadium Cheras tu. Dah jadi velodrome kot. Takpun jadi tempat himpunan sejuta umat. In Nong Chik They Frust.
Okay berbalik kepada Cityboys yang aku ringkaskan sebagai KLU (Kuala Lumpur Ultras) , mereka ni aku cop kan sebagai hati kental. Kalau tengok video diorang di youtube , mereka chant dalam LRT ketika menuju ke SNBJ kalau Malaysia lawan. Mereka berpegang teguh kepada motto - 'Kami adalah kami , anda adalah anda. Biar kami lakukan cara kami.' Motto tu aku reka sendiri. Aku scroll lagi video diorang time dulu dulu. Mereka tak sampai 30-orang join. Pelik.
Aku mula pelik sebab dimana anak-anak remaja yang dok teriak sana sini , ambil gambar pose emo , baju bunga bunga dengan skinny ketat dan vans cetak rompak beli dekat Sungei Wang tu? Dimana juga hangpa yang join UM , dok kata Sehati Sejiwa tapi hangpa semua takda pun time KL lawan? Yang remaja tu tengah buat apa time tu? Clubbing? Ulang-kaji? Dating dengan awek laman muka buku? Yang dewasa tu , takkan kerja time Sabtu? Ke hangpa dok layan BPL di malam minggu di NZ Curry House?
Bukak mata wahai remaja dan orang dewasa KL. Ye , KL tak kuat buat masa ini tetapi mengapa dikala Malaysia yang tidak layak ke Olimpik itu , hangpa still pegi? Mengapa anda tidak berbuat demikian kepada bandar yang ditumpahi darah engkau tu? Jangan kata anda taktahu dimana mereka ada. Apa guna mereka promote Cityboys page di UM'07? Sebab nak jadi bahan jenaka? Bukak mata , bukak minda. Pasukan bolasepak KL perlukan anda.
Aku membuat post ini untuk mengatakan kepada KLU - Teruskan usaha anda dan angkatlah kembali martabat bolasepak KL. Kepada Nong Chik , tolong letak jawatan dan beri kepada orang yang berminat dalam bidang sukan. Bukan kepada orang yang mahu memancung sukan seperti anda. Jangan gadaikan minat sebilangan orang Kuala Lumpur demi kepentingan anda.