February 11, 2011

Rentak cemerlang Harimau Malaya

Bagaikan masih lagi di dalam aura kemenangan Piala AFF Suzuki pada Disember yang lalu, skuad Harimau Malaya sekali lagi membuktikan mereka sememangnya layak digelar "Jaguh Asia Tenggara" selepas membenam Hong Kong 2 berbalas 0 di Shah Alam pada 9 Februari yang lepas.
Tanpa kelibat tonggak-tonggak skuad AFF seperti Muslim, Fadhli Shas dan beberapa lagi, skuad kebanggan seantero Malaysia ini mempamerkan aksi cemerlang mereka dengan ledakan 2 gol dari Safiq Rahim dan jaringan minit-minit akhir pertandingan oleh Amirul Hadi.
Ninth-Mania juga tidak ketinggalan memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya bersama rakan sekomplot kami Jang Brigade dan Ultras No9ori. Bersama bergabung dengan Ultras Malaya memeriahkan suasana curva Gate 15 di Shah Alam.Malaysia aummm...!!!









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...