February 28, 2011

Hobin Jang Hobin ke Kota Bharu!

Dua penyandang juara 2010, Negeri Sembilan (Juara Piala FA 2010) akan betandang ke Kota Bharu akan bertemu dengan Kelantan (Juara Piala Malaysia 2010) 1 Mac ini. Tidak salah kalau hendak diungkapkan bahawa ini antara perlawanan HOT untuk musim ini yang turut diakui oleh Tan Sri Annuar Musa sendiri selaku presiden KAFA. Kedua-dua pasukan yang menghuni top 3 MSL 2011 ini, bakal mempamerkan perlawanan yang rancak ekoran status kedua-dua pasukan yang dibarisi pemain-pemain yang berkaliber.




Yang menariknya juga, dua ultras dari kedua-dua negeri ULTRAS NO9ORI( Negeri Sembilan) dan THE RED MANIA(Kelantan) akan bertembung melawan chant. Ultras No9ori, Ninth-Mania, Jang Brigade dan penyokong-penyokong lain akan turut menghadirkan diri ke sana. Menang atau kalah tidak lah menjadi ukuran tahap kesetiaan kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...