August 5, 2011

Piala Malaysia 2011

Undian PM2011 sudah pun dilakukan petang tadi di Pentas Utama SNBJ . aku tak sempat tengok , cuma aku tengok banyak ruang kosong di tempat duduk lalu membuat aku bertanya ,

'apa jadah dia buat dekat SNBJ ?'

Okay , aku hargai apa yang mereka cuba buat . memang la peminat semua akan tengok cuma pilih la tempat yang simple . Wisma FAM ada , berlambak tempat lagi nak buat . dan dengar cerita , ucapan semua panjang berjela dan mengarut sungguh . hadoi , FAM FAM . apa nak jadi . lepas ni buat la mengikut ke-eksklusif-an piala itu . undian ni bukan satu Asia tengok . lain la mcm UCL , World Cup semua tu . satu dunia tengok . ini hanya piala yang gah di mata Malaysia , Asia Tenggara dan Asia mungkin .

Cukup la nak cerita pasal kelemahan FAM , kang ada uncle uncle FAM yang anti-N9 kang . jadi negeri yang berpanjikan Kuning , Hitam , Merah ini telah diundi bersama Terengganu juara Piala FA , PKNS juara Liga Perdana , dan Sime Darby yang memalukan pasukan kesayangan intan payung FAM iaitu Pahang .

Boleh dikatakan group of death juga . ye memang group of death tapi macam macam boleh berlaku . biar kita di-underate asal kita mampu buat kejutan . dulu PM2009 , kita bukan pasukan yang jadi favourite , tapi N9 berjaya jugak menang sekaligus buat semua tabik hormat dekat N9 .

Jadual Perlawanan Piala Malaysia 2011: Group B:
(Tertakluk Kepada Sebarang Perubahan Terakhir)

  6 September 2011 - PKNS FC lwn NEGERI SEMBILAN
10 September 2011 - NEGERI SEMBILAN lwn Sime Darby
13 September 2011 - NEGERI SEMBILAN lwn Terengganu
17 September 2011 - NEGERI SEMBILAN lwn PKNS FC
24 September 2011 - Sime Darby lwn NEGERI SEMBILAN
27 September 2011 - Terengganu lwn NEGERI SEMBILAN

Suku Akhir: Oktober 4 dan Oktober 8, 2011
Separuh Akhir: Oktober 14 dan Oktober 22, 2011
Akhir: Oktober 29, 2011

Meh ramai ramai penuhkan STAR of Paroi . kasi gentar semua musuh . habis binasa mereka terus dan taubat nak datang STAR of Paroi . oh ye , maaf la lambat tapi Ninth Mania mengucapkan ,

Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...