December 14, 2011

Siapa Itu Ultra ? Part II

Baru aku perasan yang agak berat nak tulis tentang ultra ultra ni. Aku nak tulis perkataan ultra pun takut. Aku gagahkan diri juga. Kali ni aku tambah lagi dua isi aku. Pernah satu ketika aku harap yang sokongan cara ultra ni menjadi satu cara penyokong meluahkan sokongan mereka terhadap pasukan itu atau team itu sendiri. Tetapi aku sudah rasa harapan aku itu hilang sedikit demi sedikit. Mengapa aku kata begitu ? Mari aku cerita.

Ultra hanya ramai ketika diatas , sedikit ketika ditengah , hilang ketika dibawah.
Mungkin orang akan kata ,

'Kau memandai je cakap ultra sikit ketika ditengah.  Habis time lawan Bahrain tu apa ? Walaupun Malaysia kalah kepada Syria sebelum tu , makin bertambah je aku tengok'.

Okay abang , saya akui ye bertambah. Tetapi bagi yang mengikuti Liga Malaysia , dimana mereka ini semua dikala pasukan negeri mereka main ? Kalau di Negeri Sembilan , ultra hanya ramai ketika Semi-final Piala FA. Even ketika suku akhir pun tak ramai mana. Dimana abang abang sekalian ketika di pertengahan Liga Super ? Dimana abang abang semua ketika Negeri Sembilan dicop belasahan ? Dimana abang abang semua ketika Negeri Sembilan jatuh sedikit demi sedikit ?

Abang , tengok dari jauh ke ? Kenapa malu nak join ? Kerana pasukan kalah ? Kerana Negeri Sembilan dicop pasukan belasahan ? Even last game Liga Super pun , tak ramai seperti dijangka kan. Ketika Semi Final Piala FA, gah masing masing. Abang abang semua pandang adik adik macam saya ni hina sangat. Konon kami ni hanya join untuk suka-ria. Saya hanya tunggu dikala Negeri Sembilan terumbang ambing , abang dimana ketika itu. Mungkin sibuk menghisap cerut , makan malam bersama keluarga di Syafiqah Tomyam atau sibuk melepak bersama kawan menonton Twilight : Breaking Dawn Part II.


Merendahkan orang yang menonton Liga Luar Negara
Adik ada juga perasan golongan ini. Mereka akan kata ,

'Luar negara kau support , dalam negara kau tak support'

Siapa anda untuk menilai mereka sebegitu rupa ? Ya mereka memakai baju Menyu , Mensiti , Celsi , Asenel tetapi mungkin mereka berhati Malaysia juga. Adik tak suka orang memaksa maksa ni. nanti jiwa yang datang dari hati kita sendiri , tiada. Ambil contoh , rakan anda selalu paksa anda masuk golongan ultra. Jika tak masuk , nanti dikata ketinggalan zaman. Percayalah , jika anda masuk kerana dipaksa , anda akan rasa yang ultra dan anda tidak masuk. Jika anda jenis pemakan kuaci , teruskan. Mungkin suatu hari anda akan dapat 'hidayah' tentang ultra .

Maaf , lari topik sekejap. Jika anda die-hard luar negara , teruskan tetapi dalam masa sama ambil juga tahu tentang Liga Malaysia. Mungkin anda tak mampu menyokong kesemua game , home and away tetapi atleast anda ada pergi stadium dan bersorak untuk pasukan negeri anda sendiri. Ada orang yang dia die-hard luar negara dan dalam negara. Bagi adik , luar negara ni boleh dinilai permainannya. Cantik , kemas , teratur. Berbeza dengan dalam negara yang tidak seteratur luar negara. Tetapi , minat anda terhadap dalam negara akan bertambah jika anda ambil tahu tentang pasukan negeri anda. Luar negara bukan tanah tumpah darah kita.

Ultra , suatu perkataan yang anda tak patut busukkan.
Ultra , suatu perkataan yang anda tak patut manipulasikan untuk kepentingan sendiri.
Ultra , tiada siapa tahu akan maksudnya yang sebenar dan orangnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...