Tika aku bangun pagi, melihat akhbar arus perdana. Muka surat belakang suratkhabar mengarut menulis - SAYA PEJUANG. Terkekeh kekeh aku tergelak. Dan terdapatlah golongan yang sokong dari belakang pejuang ini. Mereka menggelar diri mereka sebagai Penyokong Sultan Ahmad Shah Sebagai Presiden FAM (PSASSPFAM). Patut ASS pun dalam singakatan diorang.
Pelbagai usaha dilakukan bagi mengucapkan selamat tinggal kepada Presiden FAM yang sudah rule FAM selama 29 tahun, namun Presiden mahu lebih lama lagi. 29 jika dibuat anniversary, nampak tak cantik bukan? Jadi, make it 30. Itu pun FAM akan berada di takuk yang lama dan perangai semua macam kepala takuk.
Katanya pejuang. 29 tahun. Fight for? Sudah lah Presiden. Piala sendiri pun tak turun, apatah lagi game Malaysia. Bila orang luar datang, Presiden yang pakai mafla salam tiap orang siap pakai coat lagi. Padahal friendly je. Kalau real match, mahu pakai coat siap bawak kuda.
29 tahun sudah berlalu. Liga kita masih jauh ketinggalan dan pelbagai aspek yang negara ASEAN lain sudah lakukan. Namun kita masih di belakang.
Presiden FAM Sila Letak Jawatan dan Ketuai Sukan Polo. Football Is Working Class Ballet.