July 29, 2013

Kosong Dua Kosong Lima

Kekalahan Malaysia pada perlawanan persahabatan di Jepun telah sebabkan media massa menghentam Rajagopal. Ini kerana eksperimen demi eksperimen yang tidak langsung beri kesan memberi gambaran bahawa Rajagopal bukan pelajar aliran sains ketika bersekolah dulu. Kes jurulatih ni tolak tepi dulu

Timbalan Presiden FAM juga marah dan menganggap skuad Harimau Malaya sebagai hambar. Presiden FAM juga kecewa usai perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang Chelsea yang berkesudahan kekalahan Malaysia kepada Chelsea dengan jaringan 1-4.


Kemarahan meluap-luap ini memberi peluang kepada media massa untuk temuramah bekas-bekas pemain seperti Khalid Ali dan Reduan Abdullah tentang persembahan skuad Rajagopal. Kedua-dua bekas pemain juga memberi komen yang negatif dan berita utama di bahagian Sukan pada semalam kelihatan tipikal dengan kenyataan - Pecat Saja Raja.



Bagi aku, kalau dah tukar coach dari local ke coach luar negara walau berkelulusan penolong jurulatih Barcelona sekali pun tapi skuad tetap takde pencapaian yang power, salah siapa? Dan persoalannya, Timbalan Presiden kata hambar dan dukacita tapi kenapa dia tak pesan kepada Presiden agar turun dari jawatan itu dan beri orang lain kemudi?



FAM suruh player isytihar harta. Diorang bila pulak nak isytihar betapa bangangnya mereka?



.
Meh ha beli sampul raya. Boleh order dekat nombor yang tertera atau terus ke The Jangs Online Store. Lain daripada lain sampul ni dan  warnanya juga padu dan menyerlah. Siap dapat sticker kereta tu, jang. Boleh action dekat sedara-mara nanti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...