Dalam tempoh tiga bulan aku tidak menaip di sini, macam-macam perkara berlaku. Dari kejatuhan mendadak Negeri Sembilan hinggalah cerita supporting culture yang semakin maju dan tak lupa juga kisah-kisah bangang FAM.
FAM kini semakin dikenali sebagai persatuan bola-sepak taraf amatur yang bebal. Pada suatu masa, ramai yang menghentam FAM seperti Menteri Belia Dan Sukan, Tan Sri Annuar Musa, bekas pemain bola-sepak dan lain-lain. FAM bertindak balas sehingga satu isu yang menyebabkan mereka senyap iaitu - Kemana hilangnya duit penajaan?
Selepas isu itu timbul, FAM terus senyap. Dua tiga hari ni baru bising sikit tentang isu pengadil. Nak cerita professional pengadil ni satu kisah bangang juga lepas kes Shukri Nor pun senyap. Hamidin yang baru dilantik sebagai Setiausaha FAM mahu tunjuk pada Tuan Presiden yang dia mampu menggalas tugas baru itu dengan idea-idea baru.
Dalam hal ini, pengadil selalunya bersikap berat sebelah ketika perlawanan yang membabitkan Lions XII. yang terbaru ketika menentang Perak sehingga Pengurus Perak sendiri panas dengan sikap berat sebelah itu. Dan Lions juga telah berjaya merangkul Liga Super. Kedatangan Lions ke Liga Super sebenarnya memberi kelebihan kepada sebahagian pemain Singapura untuk selalu bermain 'friendly-match' dengan pasukan negeri-negeri di Malaysia.
Sementara Singapura berjaya membuat friendly-match dengan kerap, Malaysia hanya mampu menentang pasukan-pasukan amatur dari Australia. Selepas mereka balik, entah apa yang mereka dapat di sana selain melihat kanggaru. Safee Yang Menunggang hanya mampu bermain 17 minit sehingga Safee Yang Menunggang menjadi Safee Yang Menanggung kecederaan ketika mewakili JDT menentang Kelantan ketika Final Piala FA. Jadi dimana faedah 'lawatan sambil melihat kanggaru' mereka ke Australia?
Sudahlah Presiden tidak mahu letak jawatan ditambah pula dengan anak-anak buah beri kenyataan bangang. Rosak FAM ni, rosak.
Jadi untuk meredakan kemarahan, mari beli jersi klasik ni. Boleh roger nombor terbabit. Selamanya, Negeri Sembilan.