Showing posts with label FA. Show all posts
Showing posts with label FA. Show all posts

March 6, 2011

Berdiri bersama mu..

Masih berkibar...
Sungguhpun kalah pada penentuan sepakan penalti kepada Kuala Lumpur (2-4) pada pusingan ke dua Piala FA jumaat lalu, semangat cintakan pasukan Negeri Sembilan tidak pernah luntur, malah ia membuatkan kami, Jang Brigade, Ultras No9ori menjadi lebih kuat untuk lebih memberi sokongan kepada pasukan kesayangan kami.
Tak dinafikan kekecewaan melanda semua penyokong termasuk NINTH-MANIA sendiri, misi untuk mempertahankan Piala FA yang dimenangi musim lalu sudah terlepas. Mungkin ada hikmah di sebalik kekalahan ini, mungkin juga unutuk menguji yang mana penyokong tegar, yang mana penyokong lalang. Yang pastinya, kami dari keluarga besar Utras No9ori akan selalu berada Kona 4C memberi sokongan padu yang tak terhingga kepada pemain-pemain.
Ultras No9ori, Ninth-Mania, dan Jang Brigade akan selalu menjadi pemain ke-12 tidak kira kalah dan menang

March 3, 2011

[FA Cup] Negeri Sembilan menerima kunjungan Skuad Ibu Kota


Misi untuk mempertahankan Piala FA yang dikecapi pada tahun lepas telah tiba lagi. Setelah Negeri Sembilan telah di beri bai pada pusingan pertama, kini Negeri Sembilan menerima kunjungan Kuala Lumpur di STAR Paroi. Tiada timbal balik, jika Negeri Sembilan menang, misi untuk mempertahankan Piala FA akan diteruskan. Para penyokong diharap dapat menghadirkan diri unutk memberikan sokongan kepada pemain-pemain kita. Marilah bersama kami, Ultras No9ori, dan Jang Brigade untuk menyanyi, menari, bersorak tanpa henti kepada pemain. Be the 12th player, sama penat, sama letih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...