Showing posts with label paroi. liga. Show all posts
Showing posts with label paroi. liga. Show all posts
March 3, 2011
[FA Cup] Negeri Sembilan menerima kunjungan Skuad Ibu Kota
Misi untuk mempertahankan Piala FA yang dikecapi pada tahun lepas telah tiba lagi. Setelah Negeri Sembilan telah di beri bai pada pusingan pertama, kini Negeri Sembilan menerima kunjungan Kuala Lumpur di STAR Paroi. Tiada timbal balik, jika Negeri Sembilan menang, misi untuk mempertahankan Piala FA akan diteruskan. Para penyokong diharap dapat menghadirkan diri unutk memberikan sokongan kepada pemain-pemain kita. Marilah bersama kami, Ultras No9ori, dan Jang Brigade untuk menyanyi, menari, bersorak tanpa henti kepada pemain. Be the 12th player, sama penat, sama letih.
February 28, 2011
Hobin Jang Hobin ke Kota Bharu!
Dua penyandang juara 2010, Negeri Sembilan (Juara Piala FA 2010) akan betandang ke Kota Bharu akan bertemu dengan Kelantan (Juara Piala Malaysia 2010) 1 Mac ini. Tidak salah kalau hendak diungkapkan bahawa ini antara perlawanan HOT untuk musim ini yang turut diakui oleh Tan Sri Annuar Musa sendiri selaku presiden KAFA. Kedua-dua pasukan yang menghuni top 3 MSL 2011 ini, bakal mempamerkan perlawanan yang rancak ekoran status kedua-dua pasukan yang dibarisi pemain-pemain yang berkaliber.
Yang menariknya juga, dua ultras dari kedua-dua negeri ULTRAS NO9ORI( Negeri Sembilan) dan THE RED MANIA(Kelantan) akan bertembung melawan chant. Ultras No9ori, Ninth-Mania, Jang Brigade dan penyokong-penyokong lain akan turut menghadirkan diri ke sana. Menang atau kalah tidak lah menjadi ukuran tahap kesetiaan kami.

February 27, 2011
Sinar untuk Sang Rusa
Sebelum ini, Wan Jamak diberi amaran oleh Tok Mat (Pengerusi PBNS), jikalau kalah lagi, beliau akan digantung dari menjadi coach Negeri Sembilan. Setelah 2 kali kalah berturut-turut, Wan Jamak menghela nafas lega dek kemenangan Negeri Sembilan ke atas Sabah 1-0 di Paroi. Seperi biasa, Ultras No9ori, Ninth-Mania,dan Jang Brigade yang berkubu di KONA 4C untuk menberikan sokongan padu kepada skuad Hobin Jang Hobin.
"Walaupun sebenarnya kami mengharapkan kemenangan, tapi realitinya, kalah dan menang bukanlah ukuran kami untuk menjadi The 12th player" - Dimana kami memijak, di situ No9ori ku junjung
"Walaupun sebenarnya kami mengharapkan kemenangan, tapi realitinya, kalah dan menang bukanlah ukuran kami untuk menjadi The 12th player" - Dimana kami memijak, di situ No9ori ku junjung
Subscribe to:
Posts (Atom)