March 6, 2011

Berdiri bersama mu..

Masih berkibar...
Sungguhpun kalah pada penentuan sepakan penalti kepada Kuala Lumpur (2-4) pada pusingan ke dua Piala FA jumaat lalu, semangat cintakan pasukan Negeri Sembilan tidak pernah luntur, malah ia membuatkan kami, Jang Brigade, Ultras No9ori menjadi lebih kuat untuk lebih memberi sokongan kepada pasukan kesayangan kami.
Tak dinafikan kekecewaan melanda semua penyokong termasuk NINTH-MANIA sendiri, misi untuk mempertahankan Piala FA yang dimenangi musim lalu sudah terlepas. Mungkin ada hikmah di sebalik kekalahan ini, mungkin juga unutuk menguji yang mana penyokong tegar, yang mana penyokong lalang. Yang pastinya, kami dari keluarga besar Utras No9ori akan selalu berada Kona 4C memberi sokongan padu yang tak terhingga kepada pemain-pemain.
Ultras No9ori, Ninth-Mania, dan Jang Brigade akan selalu menjadi pemain ke-12 tidak kira kalah dan menang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...