Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

March 8, 2011

Misi ke Olimpik London 2012


Skuad Muda Malaysia telah pun selamat tiba di Lahore, Meskipun dikawal ketat sehingga anggota keselamatan di sana menggunakan AK-47, segala latihan ringan dilakukan juga unutk memastikan persediaan skuad muda kita berjalan dengan lancar. Kemenangan 2-0 di Shah Alam pada pusingan pertama yang lepas, belum lagi menjamin untuk lepas ke pusingan seterusnya. Mencari gol awal di Lahore, mesti menjadi misi penting unutk memberikan tekanan kepada tuan rumah, Pakistan yang mesti mecari 4 gol jikalau Malaysia mendapat satu gol pada malam ini. Walaupun seri sudah memadai, tapi diharapkan skuad harapan kita ini mampu memberi tentangan sengit kepada Pakistan yang beraksi di laman mereka sendiri. Walaupun suara ULTRAS MALAYA tidak sampai ke Lahore, tapi semangat kami Ultras dari pelusuk Malaysia dan penyokong-penyokong skuad negara akan dapat memberi pendorong buat skuad muda kita disana.Majulah Malaysia, Majulah Harimau Malaya..Make us proud.Ultras built for you, Tanah tumpahnya darahku!

March 2, 2011

Salute to Them!!

Biarpun Negeri Sembilan kecundang 3-0 ke atas Kelantan di Kota Bharu, biarpun Ultras No9ori di provoke tahap dewa di Kota Bharu, tapi itu semua tidak sedikit pun menenggelamkan semangat cintakan pasukan dalam hati masing-masing. Walaupun hanya sedikit sahaja wakil-wakil dari Ultras No9ori ke SMMIV, namun pengalaman ke tempat lawan yang penuh dengan ribuan penyokong Fanatik The Red Warrior memberikan kepuasan kepada mereka-mereka yang berkelana ke sana.



 Berada di ribuan fanatik The Red Warrior


Berkesempatan bertemu dengan Tan Sri Annuar Musa

Tanniah lagi sekali ke atas wira-wira kita yang berjaya mengharungi berbatu-batu perjalanan, balingan botol, keropok lekor serta kuah-kuahnya sekali. Kesungguhan yang ditonjolkan haruslah memberikan impak yang mendalam tentang apakah ULTRAS itu sebenarnya. SALUTE TO THEM!!

February 28, 2011

Hobin Jang Hobin ke Kota Bharu!

Dua penyandang juara 2010, Negeri Sembilan (Juara Piala FA 2010) akan betandang ke Kota Bharu akan bertemu dengan Kelantan (Juara Piala Malaysia 2010) 1 Mac ini. Tidak salah kalau hendak diungkapkan bahawa ini antara perlawanan HOT untuk musim ini yang turut diakui oleh Tan Sri Annuar Musa sendiri selaku presiden KAFA. Kedua-dua pasukan yang menghuni top 3 MSL 2011 ini, bakal mempamerkan perlawanan yang rancak ekoran status kedua-dua pasukan yang dibarisi pemain-pemain yang berkaliber.




Yang menariknya juga, dua ultras dari kedua-dua negeri ULTRAS NO9ORI( Negeri Sembilan) dan THE RED MANIA(Kelantan) akan bertembung melawan chant. Ultras No9ori, Ninth-Mania, Jang Brigade dan penyokong-penyokong lain akan turut menghadirkan diri ke sana. Menang atau kalah tidak lah menjadi ukuran tahap kesetiaan kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...