March 28, 2011

KEMBALI

Setelah 2 minggu berehat..akhirnya bermula semula kempen Liga Super seperti biasa selepas memberi laluan kepada kempen Piala FA yang tidak melibatkan pasukan Negeri Sembilan dan perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Etoile FC. Tidak sabarnya ingin KEMBALI ke Kona 4C bersama sahabat-sahabat Jang Brigade,Ultras No9ori untuk berentap pada hari sabtu ni. Pastinya kali ini lebih meriah dengan kehadiran Azrai Khor aka AK-9 sebagai ketua jurulatih Negeri Sembilan yang baru yang menggantikan Wan Jamak yang mengundurkan diri sebelum ini.
Azrai Khor aka AK-9 (Ultras No9ori blog)  
Next game akan bertemu Terengganu di Paroi, pastinya ramai pemerhati ingin melihat apakah kehadiran Azrai Khor dapat mengubah permainan Negeri Sembilan dan mendapatkan kemenangan yang dicari-cari. Semestinya Ultras Tranung akan hadir untuk memberi sokongan kepada skuad Penyu kesayangan mereka, kami dari Ultras No9ori mengalu-alukan kehadiran Ultras Tranung ke halaman keramat kami. Tidak kesah kalah atau menang..kami setia untuk pasukan kami..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...