March 18, 2011

Pengorbanan Wan Jamak...Terima kasih Wan Jamak

Setelah bermula dengan  kemenangan, tewas berturut-turut, dan tersingkir dari saingan Piala FA, dan yang terbaru tumbang 1-2 di tangan Selangor di Paroi, akhirnya Wan Jamak mengambil keputusan mengorbankan dirinya dengan meletak jawatan sebagai Ketua Jurulatih Negeri Sembilan. Yup..Wan Jamak berkorban bukan untuk kamu, bukan untuk Shukor Adan, bukan untuk kembar, bukan untuk Hai-O, bukan untuk Tok Mat juga, beliau berkorban untuk pasukan kendalian beliau, Negeri Sembilan. Setelah apa yang dilakukan beliau selama ini, Negeri Sembilan antara pasukan yang digeruni dan mampu memberi tentangan sengit setiap pasukan yang ditentangnya. 2 kejayaan pernah dimenangi oleh Negeri Sembilan di bawah kendalian beliau iaitu piala yang paling berprestij di Malaysia, Piala Malaysia 2009 dan dituruti pula dengan Piala FA 2011, malah berjaya membawa Negeri Sembilan kembali ke Final Piala Malaysia 2010 walaupun tewas 1-2 di tangan Kelantan, namun ia tetap satu kejayaan yang dapat dinilai oleh penyokong-penyokong setia Negeri Sembilan.
Pastinya pemergian Wan Jamak dari Negeri Sembilan pasti dapat dirasa oleh pemain-pemain, malahan turut dirasai oleh penyokong-penyokong setia skuad hobin jang hobin. Hanya mereka yang dikategori sebagai 'lalang' ini sahaja yang gembira menerima khabar perletakan jawatan WJ, sebab apa yang diorang tahu, tahu nak menang , kalau kalah maki sini, maki sana, tak cukup post bukan-bukan di Facebook, kehadiran lalang-lalang ini sangat "annoying" bagi kami. Cukuplah dengan minda kelas bawahan korang semua ini, bagilah sokongan padu jika diri tu betul-betul "TRUE" supporter.
Terima kasih Wan Jamak, terima kasih banyak-banyak, kamulah wira sebenar....
Terima kasih Wan Jamak !!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...