![]() |
| Armada Panji Kuning sedia menggempur kubu kuat Sang Kenari! |
Showing posts with label wan. Show all posts
Showing posts with label wan. Show all posts
June 7, 2011
Misi menewaskan Kedah!
Nampak seperti sebuah perlawanan MSL yang biasa sahaja kan, tetapi sebenarnya perlawanan ini mempunyai banyak makna-makna tersirat selain dari misi mengumpulkan 3 mata berharga untuk menjamin 10 teratas MSL 2011.
Pulangnya Azraai Khor aka AK-9 ke Darul Aman bukannya hendak mengembalikan kegemilangan Kedah yang pernah dikecapi dahulu, tetapi kali ini pertembungan dua bekas jurulatih kedua-dua pasukan akan menentukan siapa lebih bagus, siapa yang mempunyai sentuhan taktikal berbisa, Wan Jamak dengan kecermelangannya membawa Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia dan Piala FA, sementara AK-9 dengan rekodnya bersama Kedah menjadi treble sebanyak 2 kali. Sama-sama nantikan perlawanan ini. Kalah menang kami disisimu Negeri!
March 28, 2011
KEMBALI
Setelah 2 minggu berehat..akhirnya bermula semula kempen Liga Super seperti biasa selepas memberi laluan kepada kempen Piala FA yang tidak melibatkan pasukan Negeri Sembilan dan perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Etoile FC. Tidak sabarnya ingin KEMBALI ke Kona 4C bersama sahabat-sahabat Jang Brigade,Ultras No9ori untuk berentap pada hari sabtu ni. Pastinya kali ini lebih meriah dengan kehadiran Azrai Khor aka AK-9 sebagai ketua jurulatih Negeri Sembilan yang baru yang menggantikan Wan Jamak yang mengundurkan diri sebelum ini.
Next game akan bertemu Terengganu di Paroi, pastinya ramai pemerhati ingin melihat apakah kehadiran Azrai Khor dapat mengubah permainan Negeri Sembilan dan mendapatkan kemenangan yang dicari-cari. Semestinya Ultras Tranung akan hadir untuk memberi sokongan kepada skuad Penyu kesayangan mereka, kami dari Ultras No9ori mengalu-alukan kehadiran Ultras Tranung ke halaman keramat kami. Tidak kesah kalah atau menang..kami setia untuk pasukan kami..
![]() | |||
| Azrai Khor aka AK-9 (Ultras No9ori blog) |
March 18, 2011
Pengorbanan Wan Jamak...Terima kasih Wan Jamak
Setelah bermula dengan kemenangan, tewas berturut-turut, dan tersingkir dari saingan Piala FA, dan yang terbaru tumbang 1-2 di tangan Selangor di Paroi, akhirnya Wan Jamak mengambil keputusan mengorbankan dirinya dengan meletak jawatan sebagai Ketua Jurulatih Negeri Sembilan. Yup..Wan Jamak berkorban bukan untuk kamu, bukan untuk Shukor Adan, bukan untuk kembar, bukan untuk Hai-O, bukan untuk Tok Mat juga, beliau berkorban untuk pasukan kendalian beliau, Negeri Sembilan. Setelah apa yang dilakukan beliau selama ini, Negeri Sembilan antara pasukan yang digeruni dan mampu memberi tentangan sengit setiap pasukan yang ditentangnya. 2 kejayaan pernah dimenangi oleh Negeri Sembilan di bawah kendalian beliau iaitu piala yang paling berprestij di Malaysia, Piala Malaysia 2009 dan dituruti pula dengan Piala FA 2011, malah berjaya membawa Negeri Sembilan kembali ke Final Piala Malaysia 2010 walaupun tewas 1-2 di tangan Kelantan, namun ia tetap satu kejayaan yang dapat dinilai oleh penyokong-penyokong setia Negeri Sembilan.
Pastinya pemergian Wan Jamak dari Negeri Sembilan pasti dapat dirasa oleh pemain-pemain, malahan turut dirasai oleh penyokong-penyokong setia skuad hobin jang hobin. Hanya mereka yang dikategori sebagai 'lalang' ini sahaja yang gembira menerima khabar perletakan jawatan WJ, sebab apa yang diorang tahu, tahu nak menang , kalau kalah maki sini, maki sana, tak cukup post bukan-bukan di Facebook, kehadiran lalang-lalang ini sangat "annoying" bagi kami. Cukuplah dengan minda kelas bawahan korang semua ini, bagilah sokongan padu jika diri tu betul-betul "TRUE" supporter.
Terima kasih Wan Jamak, terima kasih banyak-banyak, kamulah wira sebenar....

| Terima kasih Wan Jamak !!! |
February 27, 2011
Sinar untuk Sang Rusa
Sebelum ini, Wan Jamak diberi amaran oleh Tok Mat (Pengerusi PBNS), jikalau kalah lagi, beliau akan digantung dari menjadi coach Negeri Sembilan. Setelah 2 kali kalah berturut-turut, Wan Jamak menghela nafas lega dek kemenangan Negeri Sembilan ke atas Sabah 1-0 di Paroi. Seperi biasa, Ultras No9ori, Ninth-Mania,dan Jang Brigade yang berkubu di KONA 4C untuk menberikan sokongan padu kepada skuad Hobin Jang Hobin.
"Walaupun sebenarnya kami mengharapkan kemenangan, tapi realitinya, kalah dan menang bukanlah ukuran kami untuk menjadi The 12th player" - Dimana kami memijak, di situ No9ori ku junjung
"Walaupun sebenarnya kami mengharapkan kemenangan, tapi realitinya, kalah dan menang bukanlah ukuran kami untuk menjadi The 12th player" - Dimana kami memijak, di situ No9ori ku junjung
Subscribe to:
Posts (Atom)