Showing posts with label AK-9. Show all posts
Showing posts with label AK-9. Show all posts

April 10, 2011

Suara Kami...







Assalamualaikum...

Buat tatapan Tuan Azraai Khor dan para pemain skuad HOBIN JANG HOBIN...
Apa khabar semua? Diharapkan anda semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera di samping keluarga tercinta...
Bagaimana dengan persiapan untuk menentang Kedah, Selasa ini?
Kami amat mengharapkan kali ini Tuan Azraai Khor dan anak-anak buah tuan dapat memberikan satu keMENANGan buat kami. Kami sudah lama mengidamkan perkataan MENANG itu.. Kami ketandusan perasaan gembira beroleh keMENANGan.. Pastinya para pemain juga begitu bukan?
Kami mahu Tuan buktikan sentuhan berbisa tuan itu untuk perlawanan kali ini. Kami yakin dan percaya Tuan akan melakukan perubahan selepas 3 kali percubaan tuan tidak mendatangkan keMENANGan. Kami masih setia bersama Tuan dan anak-anak buah tuan. Tuan jangan khuatir, semangat kami takkan luntur biarpun kita tidak mencapai keMENANGan seperti yang diharapkan. Tuan dan anak-anak buah tuan boleh lihat sendiri, sewaktu bertemu Terengganu, ramai penyokong yang hadir. Meskipun seri, penyokong masih setia ke stadium untuk melihat perlawanan seterusnya menentang Kuala Lumpur. Kami tidak putus-putus memberi sokongan bukan? Kerana kami faham dan kami tahu adat dalam pertandingan. Kami tahu Tuan dan anak-anak buah Tuan mampu memberikan yang terbaik cuma nasib tidak menyebelahi pasukan kita. Harap Tuan dan anak-anak buah Tuan bersabar menghadapi ujian ini. Tapi, kali keempat ini Tuan, kami mahukan sesuatu yang kami sudah lama idamkan. Iaitu keMENANGan. Tuan dan anak-anak buah boleh buktikannya. Percayalah. Pasukan kita punya pemain yang hebat2 dan mantap2 belaka. Bukan calang-calang orang pemain Negeri Sembilan ini. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Tuan dan anak-anak buah Tuan, kami menunggu dan kami menanti penuh debaran untuk perlawanan menentang Kedah ini Tuan. Apa agaknya keajaiban yang akan berlaku nanti kan? Tuan dan anak-anak buah tuan.. fahamilah kehendak kami dan kami akan terus dan tetap setia bersama Tuan dan anak-anak buah tuan. Dengarilah rintihan hati ini..
Kita jumpa Selasa ini ya? ('',)

SERI + KALAH = SERI (3 yang pertama)
MENANG +MENANG =MENANG(akan datang)

Kami sayang player kami..
Oh Negeri WE LOVE YOU..
Menang kalah kami tetap di sini..
Hobin JANG Hobin !!

Marilah kita bersama-sama mendoakan keMENANGan pasukan kita.




KAMI NAK MACAM NI.....

March 28, 2011

KEMBALI

Setelah 2 minggu berehat..akhirnya bermula semula kempen Liga Super seperti biasa selepas memberi laluan kepada kempen Piala FA yang tidak melibatkan pasukan Negeri Sembilan dan perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Etoile FC. Tidak sabarnya ingin KEMBALI ke Kona 4C bersama sahabat-sahabat Jang Brigade,Ultras No9ori untuk berentap pada hari sabtu ni. Pastinya kali ini lebih meriah dengan kehadiran Azrai Khor aka AK-9 sebagai ketua jurulatih Negeri Sembilan yang baru yang menggantikan Wan Jamak yang mengundurkan diri sebelum ini.
Azrai Khor aka AK-9 (Ultras No9ori blog)  
Next game akan bertemu Terengganu di Paroi, pastinya ramai pemerhati ingin melihat apakah kehadiran Azrai Khor dapat mengubah permainan Negeri Sembilan dan mendapatkan kemenangan yang dicari-cari. Semestinya Ultras Tranung akan hadir untuk memberi sokongan kepada skuad Penyu kesayangan mereka, kami dari Ultras No9ori mengalu-alukan kehadiran Ultras Tranung ke halaman keramat kami. Tidak kesah kalah atau menang..kami setia untuk pasukan kami..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...