![]() |
| Armada Panji Kuning sedia menggempur kubu kuat Sang Kenari! |
Showing posts with label azrai. Show all posts
Showing posts with label azrai. Show all posts
June 7, 2011
Misi menewaskan Kedah!
Nampak seperti sebuah perlawanan MSL yang biasa sahaja kan, tetapi sebenarnya perlawanan ini mempunyai banyak makna-makna tersirat selain dari misi mengumpulkan 3 mata berharga untuk menjamin 10 teratas MSL 2011.
Pulangnya Azraai Khor aka AK-9 ke Darul Aman bukannya hendak mengembalikan kegemilangan Kedah yang pernah dikecapi dahulu, tetapi kali ini pertembungan dua bekas jurulatih kedua-dua pasukan akan menentukan siapa lebih bagus, siapa yang mempunyai sentuhan taktikal berbisa, Wan Jamak dengan kecermelangannya membawa Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia dan Piala FA, sementara AK-9 dengan rekodnya bersama Kedah menjadi treble sebanyak 2 kali. Sama-sama nantikan perlawanan ini. Kalah menang kami disisimu Negeri!
March 28, 2011
KEMBALI
Setelah 2 minggu berehat..akhirnya bermula semula kempen Liga Super seperti biasa selepas memberi laluan kepada kempen Piala FA yang tidak melibatkan pasukan Negeri Sembilan dan perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Etoile FC. Tidak sabarnya ingin KEMBALI ke Kona 4C bersama sahabat-sahabat Jang Brigade,Ultras No9ori untuk berentap pada hari sabtu ni. Pastinya kali ini lebih meriah dengan kehadiran Azrai Khor aka AK-9 sebagai ketua jurulatih Negeri Sembilan yang baru yang menggantikan Wan Jamak yang mengundurkan diri sebelum ini.
Next game akan bertemu Terengganu di Paroi, pastinya ramai pemerhati ingin melihat apakah kehadiran Azrai Khor dapat mengubah permainan Negeri Sembilan dan mendapatkan kemenangan yang dicari-cari. Semestinya Ultras Tranung akan hadir untuk memberi sokongan kepada skuad Penyu kesayangan mereka, kami dari Ultras No9ori mengalu-alukan kehadiran Ultras Tranung ke halaman keramat kami. Tidak kesah kalah atau menang..kami setia untuk pasukan kami..
![]() | |||
| Azrai Khor aka AK-9 (Ultras No9ori blog) |
Subscribe to:
Posts (Atom)

