September 23, 2012

Perihal Batang



Selain daripada meraikan kejayaan , apa yang benda ketara yang anda nampak didalam gambar itu? Jika anda nampak bendera-bendera gergasi , nampaknya fikiran kita sama.

Seperti kita sedia maklum , batang bendera merupakan suatu objek yang menakutkan FAM. Setiap kali aku tengok game J-League , aku akan perhati susunan orang-orang yang kibar bendera di belakang goal post. Superb and amazing. Kadang-kadang , tertera kata-kata semangat kepada pejuang-pejuang yang sedang bertarung di atas padang itu.

Selain daripada banner , mereka mengibarkan panji-panji itu sebagai bukti yang mereka masih belum kalah. Mereka tidak angkat bendera putih. Mereka angkat panji-panji kelab masing masing. Namun , berbeza pula di Malaysia.

Malaysia lebih kepada budaya Afrika. Tiup sana-sini. Baling sana-sini. Apa beza moral kita dengan Jepun sana? Ya mereka jauh lebih baik , tapi ada juga pergaduhan berlaku. Sama juga di Malaysia. Namun , cuba bayang batang-batang bendera gergasi dijadikan sebagai senjata. Kahkahkah , angkat pun dah sekian , apatah lagi nak serang. Silap-silap dah tumbang masa nak ngangkat tu.

Jadi , apa nak ditakutkan? Sampai bila kita nak pakai batang boleh laras yang tiap kali pakai , patah. Orang luar negara tu bergaduh jugak , tapi tak pernah pulak dengar yang diorang sula penyokong pihak lawan guna batang gergasi.

Tapi haritu aku ada jugak tanya seorang doktor pasal orang yang mempunyai masalah takut dengan batang ni. Doktor tu cakap , penyakit ini dikenali sebagai pole-phobia. Kemungkinan FAM mempunyai masalah ini dan mereka juga pasti tidak menggemari sukan-sukan seperti lompat jauh dan lompat tinggi.

Tengok batang bendera , tau takut. Tengok batang sendiri , apa lah agaknya reaksi diorang.

August 6, 2012

Satu Dua Tiga Dan Seterusnya

1. Kelab BPL turun ke Malaysia ketika Ramadhan.

2. Ini menunjukkan player Islam boleh bermain walaupun kenyang selepas tibai Roti John.

3. Padang Bukit Jalil berkualiti tinggi. Rumput yang tidak senang terkopek menarik perhatian jurulatih kedua-dua kelab Inggeris.

4. Budaya air-horn semakin merebak. Perkembangan yang bagus.

5. Kemungkinan rakyat Malaysia untuk pekak pada tahun 2012 ialah 78% (Jika anda kerap ke stadium)

6. Presiden FAM turun padang. Tunjuk imej mengambil tahu. Peminat bola sepak Malaysia akan sayang kepada Presiden. Presiden sanggup memakai mafla RM30. Satu sikap yang perlu dicontohi golongan atasan.

Hari ini 6 Ogos. Aku kasi 6 je lah.

June 13, 2012

Isi Dan Kulit

Rakyat Malaysia dengan bola sepak luar terutama belah Eropah bagai isi dan kulit dari pandangan mata kasar kita. Cakap sahaja nama nama permain luar. pasti kita kenal. Yang tak terkenal dekat sana pun kita boleh kenal. Dasyatkan.? terlalu taksub dengan liga luar. sebenarnya tak salah pun. bukan itu point aku nak cerita. point aku. Kita minat bola sepak Eropah. Sanggup berjaga pagi buta walaupun  esoknya kita kerja ada kelas ada exam, tapi kita sanggup semata mata nak tengok player Eropah.

 Tapi aku pelik hairan dan musykil. kita sanggup berjaga, tapi kenapa kita tak peka dengan keadaan sekeliling stadium di Eropah.? korang perasan tak.? yang suasana di dalam stadium tu tanpa bunyi bunyi yang membingitkan.? bunyi apa yang membingitkan tu.? fikirkanlah sendiri.

 Kita nak pemain Malaysia macam pemain Eropah. Tapi kenapa kita taknak jadi macam penyokong Eropah. di stadium tanpa bunyi bunyi bising tu. mereka di stadium hanya dengan sorakan kata kata semangat kepada pasukan kesayangan diorang. Kenapa kita tak boleh.?

 Kenapa tak boleh.? ke kita ni memang berketurunan africa.? sebab bunyi bunyi bising ni bermula di sana. tak tahu lak aku orang Malaysia ni berketuranan darah africa. So apa kata dari kita mengharap sangat player kita main macam player Eropah. baik kita ubah mentaliti kita dulu. ke stadium tanpa bunyi bising.

Oke itu pasal bunyi bising. ni aku nak selitkan cerita pasal kejadian di SSA sewaktu perlawan persahabatan Malaysia lawan Singapura. Di curva UM semalam. Tiba tiba beberapa pegawai polis datang dan merampas batang bendera. hairan aku. apa punya arahan ni.? dari FAM.? kalau dari FAM. tahulah aku. sebab dengar nama FAM dah tau bangang ke tak bangang arahan tu.

Akhir kata..

| Pi Ef Es El Jay |

May 6, 2012

Nama Aku Budin

Hoi , nama aku Budin. Aku merupakan orang kedua berkuasa dalam Efiyem. Yang pertama mestilah boss aku , tuan presiden. No one can beat him. Itu pendapat aku. Timbalan Presiden pun tak mampu lawan aku. Hebat sebenarnya kuasa aku. Oh ya , aku cumalah Setiausaha Kehormat sahaja namun peminat bolasepak diluar tak pernah hormat aku. Kononnya aku buat benda bodoh la , apalah. Mereka hanya mampu berkata kata sahaja. Talk to my hand bro.

Mereka tak sedar yang aku telah penat lelah menjemput pelbagai team untuk membuat friendly. Tahun lepas , tiga team BPL aku ajak. Tahun ni , pendahulu BPL (ketika post ini disiapkan) setuju untuk mengadakan friendly menentang Harimau Malaya. Malah aku jemput Sri Lanka untuk mengadakan friendly , dan itu merupakan perlawanan berstatus A tahu tak? Korang taktahu sebab korang tahu kritik je.

Dan aku perhati sejak Harimau Malaya menang AFF dan Sukan Sea , budaya ultras makin merebak. Hoi , diorang tahu tak ultras tu budaya luar? Kita patut terap elemen ketimuran. Budaya joget , jerit sepanjang game malah membakar flare dan asap asap tu semua , bukan budaya kita. Budaya kita ialah memakai baju polo kelab BPL ke stadium. Mereka taktahu ke woi? Ini Malaysia , bukan Crotia.

Kahkahkah , nasib aku baik dengan tuan presiden. Sekarang , ultras ni semua tak boleh bakar flare. Puas hati aku. Semak aku tengok asap pergi tengah padang ketika aku tonton di Astro Arena tu. Siapa berani , bakarlah. Tengok apa aku buat lepasni. Nak main main dengan aku ya? Diorang tak kenal Budin.

Diorang fikir aku senyap semua , aku tak berani lawan? Hahahaha , ni Budin la wei. Peminat nombor satu Manchester err.. United ke City ha? Yang baju merah tu , United kan? Ha! Peminat nombor satu Manchester United.

*Truut.. trutt...*

Hello presiden. Apa khabar? Lama tak jumpa. Sihat sihat. Ya ya ,  sedang minum petang ni presiden. Di hotel je hehehehe takde bajet lah nak belanja presiden. Almaklumlah , haritu kan kita dah.. ehem ehem. Hikhikhik you got it presiden. Okay , nanti apa apa saya call. Okay alright alright. Bye.

*End call*


March 27, 2012

Hikayat Serong Habis

Tanggal 25 Mac haritu , friendly diantara Negeri Sembilan vs Persebaya FC berlangsung di STAR of Paroi. Jay memerhati tiket yang dibeli , dan flyers yang dia culik sebanyak 30 keping di kaunter tiket ketika perlawanan Negeri Sembilan vs Kedah.

'Apolak Sang Ruso lwn Sang Buayo ni? Sang Kobau lah!' , kata Jay dalam nada marah.

Kawan kawan Jay perati je. Kalau marah balik kang , kata tak hormat copa pulak. Tak hormat leader pulak.

'Bangang sapa buat flyers ni , apa kaitan Rusa dengan Negeri Sembilan? Cakap kat aku sial!' , kata Jay sambil mencekik kawannya yang berumur 12 tahun.

Itu cerita ketika di lepak lepak di taman. Ini cerita ketika pagi ketika hari perlawanan.

'Oi copa di sana , amacam harini pegi tak game? Jom lah , kita sosah Persebaya.'

'Sorry ah wei , aku tak pegi ah. Kena ikut bapak aku pegi Litar Sepang. Lagipun besok sekolah , satu homework pun tak siap ni' , kata Mek sambil pensel nip di belakang telinga.

'Ahhhhh tak ultra langsung kau ni , besok ponteng ah. Game penting ni wei! Kunyit sure berlambak , flash kau jangan kata ah. Hell! Hell!'

Cubaan memujuk Jay gagal. Jay mendengar suara Mek seperti nak menangis , terdengar sedu sedan Mek. Akhirnya Jay nekad pergi bersama geng ultrasnya.

Jay semangat lain macam , seperti mengambil Red Bull nam puluh tin.

'Sehati Sejiwa!' , laung Jay sambil kepala terhangguk hangguk.

Ketika minit 70 , seorang brader gemuk mencelah di tengah tengahnya. Seperti ingin menganggunya.

'Celaka lah gemuk ni , tetiba nak menyelit dekat aku ni kenapa pulak? Aduh gemuk babi celaka cilabai lah , sial punya gemuk' , kata Jay dalam nada mengeluh.

'Wei minit 85 kita gerak ah.' , kata geng ultras Jay.

Jay mengangguk sambil jeling panas brader gemuk tu. Jay berdendam dengan brader tu sebab kacau mood Sehati Sejiwa nya.

Tiba tiba lagu Senyuman Ragamu berkumandang di curva UN9. Jay terpinga pinga. Tak pernah didengar kat radio lagu ni. Takat Kosong kosong pernah lah didengar.

'Lagu planet mana diorang amek ni? Kot lagu Tashewww Mansahewww pernah lah dengar. Ni apo ni? , dengus Jay dalam hati.

Akhirnya minit 85 menjengah juga. Jay balik dengan hati yang agak panas sebab brader gemuk tu. Namun hati tetap puas sebab dapat sumbang tenaga.

Besoknya , Jay tak datang sekolah. Penat bebenor. Harini pulak , dengar cerita Jay disebat sebab pegi ketuk ketuk meja sambil dendangkan Tiada Gunung Terlalu Tinggi. Dah tu kena diri atas kerusi sebab tak hapal formula Math.

Tom pula hilang entah kemana. Lipat kain gamaknya.

March 19, 2012

Hikayat Serong Angsa

17 Mac 2012 , hari ditunggu para ultra di Negeri Sembilan. Selepas sebulan lebih cuti tanpa game selain game friendly , kali ni real game kembali lagi. Jay , seorang pelajar sekolah melihat jadual Liga-M di sebuah page bolasepak enam hari sebelum game.

'Cantik!' teriak si Jay sorang-sorang dihadapan notebook 1Malaysia.

Jay memicit punat handphone-nya. Dia cuba mencari contact Mek , rakan ultra-nya.
'Hello , Mek jadi tak pergi Sabtu ni?'
'Ha hello , jadi jadi. Tak sabar aku nak chant Sehati Sejiwa' , kata Mek sambil menonton Atas Nama Cinta.
'Aku boleh tak sabar nak tengok flash merah tu , terasa nak pegang doh'
'Nanti Sabtu kita try k Jay? Aku tengah layan Atas Nama Cinta ni. Hihihihi' , kata Mek mengakhiri perbualan mereka.


Sabtu kunjung tiba. Jay jumpa Mek di kedai popia yang terkenal di stadium. Mereka berbual tentang plan mereka untuk menubuhkan ultras di sekolah.

'Amacam plan kita? Budak aku adalah dalam berbelas orang nak join. Tak sabar nak support team sekolah aku.'
'Aku okay jugak , berbelas jugak. Asyik kita je di-lead , nak jugak kita lead ye tak? Copa kena ada style bro. Kena poyo dekat laman sosial. Baru orang respect.'
Mek hanya mengiyakan sambil mengunyah popia basah yang dipesan.

Dum dum dum dum dum tak tak , Sehati Sejiwa!

Begitulah teriak Jay dan Mek di dalam stadium. Tersenyum puas mereka selepas sebulan lebih menahan sangap chant di stadium. Bosan melihat buku , Jay keluar kelas dan berbincang tentang plan-nya bersama rakan. Mek pula sibuk menelaah ilmu bagi membanggakan ibu bapanya ketika peperiksaan kelak.

Pom!

Asap kuning keluar dari sebuah tin seperti tin nescafe ais. Berteriak sebilangan umat yang join budaya ultras. Makin menggunung semangat mereka.

Jay dan Mek memerhati.

'Mana nak carik kunyit ni woi?!' , jerit Mek konon ingin berlawak.
'Mana aku tahu! Ahhhh tak sabar nak macam ni dekat sekolah. We Will Own The School!' , teriak Jay dengan semangat.

Berakhir lah game tersebut. Negeri kebanggaan Jay dan Mek menang 2-1 ke atas pasukan bekas jurulatih negeri kebanggaan Jay dan Mek iaitu Kedah.

Tanpa Jay dan Mek sedari , sebilangan pemuda terkekeh kekeh melihat telatah mereka yang kononnya bangga menjadi ultra. Semangat untuk sokong atlet sekolah.

'Kot ye nak jadi ultra , kena lah ada knowledge pasal budaya ni. Sikit pun jadilah. Aku tak halang diorang nak buat ultras di sekolah , nak bakar kelas ke kantin ke apa tapi belajar lah puas puas di sekolah. Kang bila lingkup , baru nak sesal.' , kata Tom yang tidak berpuas hati kepada rakannya
tentang Jay dan Mek.

Malam itu , Jay dan Mek berpuas hati dan gembira kerana dapat hilangkan kesurupan mereka. Tom dan rakan masih meneruskan hidup sambil menggeleng kepala melihat telatah Jay dan Mek.

Ahad ini , 25 Mac bakal menemukan Negeri Sembilan menentang Persebaya dalam game friendly. Jay dan Mek entah hadir entah tidak. Besok tu nak sekolah.

February 29, 2012

Manakan Boleh Mengandung Jika Tak Bersetubuh

Rasuah.? FAM.? Rasuah.?

Cabron del Mundo ( Anak Memberontak ) 

macam mana nak kemukakan bukti pasal rasuah??? melainkan si penerima dan yang mengatur mengaku..itu sahaja caranya..sebab tu lah rasuah dan bookie tidak boleh dipadamkan dalam dunia sukan nih..tak kira apa sukan pun..sebabnya susah nak buktikan seseorang tu makan rasuah dan atur perlawanan..kes FAM nih..tak mustahil ianya berlaku..dalam FAM sendiri ada pegawai-pegawai dan pemimpin yang kita dengar soseh-soseh suka berjudi..jadi semua ini tidak mustahil..cuma tiada bukti.. :-)

bila di katakan tentang rasuah mula la ada yang melenting. tapi kena ingat manakan boleh mengandung kalau takda yang bersetubuh. kepada yang buat side income ni. ingat ingatlah. elok gaji paling bangsat pun 2k korang mungkin akan mengubah nasib korang dengan hanya bergajikan rm450 sebulan tanpa ot. nak lebih rajin rajin la ot. 






-SB-

February 25, 2012

The Cityboys



Who are they? Mereka adalah ultras bagi pasukan Kuala Lumpur. Pasukan Kuala Lumpur bukan nama asing dalam Liga-M. KL antara pasukan yang digeruni pada era 80an. Nasib ensiklopedia bebas ada. Yang ni versi Inggeris ye.

Kuala Lumpur were one of the most successful Malaysian teams in the late 1980s after being crowned the league champions twice in 1986 and 1988. They also won the Malaysia Cup for three consecutive years in 1987, 1988 and 1989. The team enjoyed considerable success in cup competitions in the 1990s, winning the Malaysian FA Cup in 1993, 1994 and 1999. Kuala Lumpur won the Malaysian Charity Shield, also known as the Piala Sultan Bola on three occasions, in 1988, 1995 and 2000.

Namun , KL merudum pada saat aku minat pada bola ketika darjah 4 atau 5. Aku taktahu mereka ada sejarah yang gemilang pada tahun dahulu. Pada tu , mereka dipimpin  Tan Sri Dato' Elyas Omar yang ayah aku sendiri gemburkan sebagai salah satu kenapa KL begitu gah pada masa dahulu. Sekarang ni , Nong Chik tu? Datuk Bandar yang nerd. Dengan spek dia , rambut dia. Lepas tu cakap layu je. Dah la layu , mengarut pulak tu. Dah mengarut , janji manis pulak tu. Taktahu apa cerita Stadium Cheras tu. Dah jadi velodrome kot. Takpun jadi tempat himpunan sejuta umat. In Nong Chik They Frust.

Okay berbalik kepada Cityboys yang aku ringkaskan sebagai KLU (Kuala Lumpur Ultras) , mereka ni aku cop kan sebagai hati kental. Kalau tengok video diorang di youtube , mereka chant dalam LRT ketika menuju ke SNBJ kalau Malaysia lawan. Mereka berpegang teguh kepada motto - 'Kami adalah kami , anda adalah anda. Biar kami lakukan cara kami.' Motto tu aku reka sendiri. Aku scroll lagi video diorang time dulu dulu. Mereka tak sampai 30-orang join. Pelik.

Aku mula pelik sebab dimana anak-anak remaja yang dok teriak sana sini , ambil gambar pose emo , baju bunga bunga dengan skinny ketat dan vans cetak rompak beli dekat Sungei Wang tu? Dimana juga hangpa yang join UM , dok kata Sehati Sejiwa tapi hangpa semua takda pun time KL lawan? Yang remaja tu tengah buat apa time tu? Clubbing? Ulang-kaji? Dating dengan awek laman muka buku? Yang dewasa tu , takkan kerja time Sabtu? Ke hangpa dok layan BPL di malam minggu di NZ Curry House?

Bukak mata wahai remaja dan orang dewasa KL. Ye , KL tak kuat buat masa ini tetapi mengapa dikala Malaysia yang tidak layak ke Olimpik itu , hangpa still pegi? Mengapa anda tidak berbuat demikian kepada bandar yang ditumpahi darah engkau tu? Jangan kata anda taktahu dimana mereka ada. Apa guna mereka promote Cityboys page di UM'07? Sebab nak jadi bahan jenaka? Bukak mata , bukak minda. Pasukan bolasepak KL perlukan anda.

Aku membuat post ini untuk mengatakan kepada KLU - Teruskan usaha anda dan angkatlah kembali martabat bolasepak KL. Kepada Nong Chik , tolong letak jawatan dan beri kepada orang yang berminat dalam bidang sukan. Bukan kepada orang yang mahu memancung sukan seperti anda. Jangan gadaikan minat sebilangan orang Kuala Lumpur demi kepentingan anda.

February 12, 2012

Abang Yang Caring

Satu minggu yang lepas , ketika skuad Olimpik Malaysia kalah ditangan Bahrain , ada segelintir penyokong terkekeh kekeh menyambut kekalahan itu. Mereka menulis status tentang kekalahan tersebut sambil layan BPL di restoran mamak yang menyediakan wi-fi.

Ada seorang 'penyokong' yang menyuruh PDRM , FIFA , FAM , SPRM , JKKK , JAKIM , JAINS , IJAN , BICEP dan sebagainya untuk mengkaji semula tentang budaya ultras ni. Kaji? Ultras ni bukan akta. Lalu ditempek pula tentang keganasan di Egpyt yang kononnya berpunca dari Ultras mereka. Lalu , terkekeh kekeh pula aku tengok status orang tu.

Abang , mari dengar cerita adik. Mungkin abang tak baca , tapi abang abang yang lain boleh juga baca. Kes di Egpyt itu sebenarnya berpunca daripada askar dan polis. Mereka juga mengamalkan politik yang agak hardcore. Setiap ultras mereka mempunyai pendirian yang berlainan. Ada yang tentang kerajaan , ada yang tidak. Adik tempek article dari luar negara ye bagi abang baca.

CAIRO -- Many Egyptians, from the public to lawmakers, on Thursday blamed the police and the country's ruling military for failing to prevent rioting among fans that resulted in the world's worst soccer violence in 15 years.
A narrow stadium exit turned into a postgame death trap Wednesday as crowds of fans fleeing armed supporters of the winning team rushed into the corridor, only to be crushed against a locked gate, their rivals attacking from behind, survivors and witnesses said.  - ESPN.GO

Egypt's ruling generals have a new enemy: the legions of angry soccer fans who have injected fervor into recent protests demanding the military step down and battled police for days in the streets of Cairo.

Known as Ultras and long viewed as hooligans, they have grown increasingly political, starting with last year's uprising, and were pushed over the edge by the deadly riots at a soccer match last week. -
CBS NEWS


Di Malaysia pula lain bang. Adik tak pernah pula tengok ultras dari Kelantan , Selangor dan Penang bersatu untuk bergaduh dengan ultras dari Perlis , Johor dan Perak kerana berlainan pendirian politik. Tak pernah pula adik tengok ultras dari Negeri Sembilan , mengibarkan bendera parti pemerintah sambil menjerit-jerit mengejek parti pembangkang.

Dalam ultras di Malaysia , politik dijauhkan seketika. Di sini , ada limit untuk mengultraskan stadium itu sendiri. Mungkin abang terlalu mengkaji tentang ultras luar negara sehingga lupa untuk datang ke stadium dan tengok sendiri ultras di Malaysia. Ultras di Malaysia tidaklah sehebat luar negara , tapi abang terlalu 'mengambil berat' sangat pasal ultras sehingga ada je nak carik salah walaupun sekelumit kuman. Caringlah abang ni.

Takpe , teruskan kajian abang. Kalau perlu buat tesis tentang ultras , buatlah. Kita ini negara demokrasi , jadi buatlah apa abang suka. Bawak kertas tesis banyak-banyak , boleh sebarkan dekat stadium. Tapi itulah , takut jadi roket je bang. Biasalah kan. Adik harap abang masih caring lagi dengan budaya ultras.

February 2, 2012

Politik dan Sukan

Seminggu dua ni , aku perati je dekat laman sosial facebook tentang kejatuhan bolasepak Kedah. Pasukan yang merangkul double treble ketika 2007 , 2008. Pasukan ni mula menjadi double trouble ketika Wan Jamak digantung tujuh perlawanan oleh FAM kerana mengkiritik pengadil. FAM memang bangang , ajarlah macam mana pun , kalau bangang tetap bangang. Kalau nak cerita pasal FAM , semua maki hamun boleh keluar.

Aku kesian dekat pasukan diorang sebab even pasukan diorang terumbang ambing , supporter still datang sehinggalah Ultras Kedah menyirap dan boikot. Kalau aku pun , aku baling air dekat pengurus Kedah - Khazali Din. Si malaun misai ni boleh buat relax lagi selepas team manjang kalah dan kutip dua mata daripada lima perlawanan. Aku rasa kalau misai ni kena lempang baru dia sedar kot orang benci dia.

Lagi satu aku nak pertikai ialah Presiden KFA sendiri yang merupakan Menteri Besar Kedah iaitu YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Aku taknak cerita pasal macam mana dia uruskan Kedah ataupun adakah aku ni orang kerajaan ke apa cuma aku rasa kalau kau taktahu pasal bolasepak ataupun sukan , jangan jadi Presiden. Eventhough kau MB , tapi kasi dekat orang berwibawa sikit. Aku hanya boleh cakap yang kalau Presiden dia MB yang bernaung dibawah Pakatan , mesti rosak team tu. Mungkin Presiden tidak tahu apa yang ingin dicanangkan kepada team tu gamaknya. Tengok Selangor , Misi 33 tak tercapai tahun lepas. Dulu si Mohammad Nizar Jamaluddin , rosak gak team Perak dana pun takde dengar cerita. Ni Kedah pulak.

Kalau di Pulau Pinang pulak , DAP yang pegang negeri tetapi diterajui oleh Dato' Zahrain Mohamed Hashim yang dulunya orang PKR sebelum lompat jadi calon Bebas. Nak cerita pasal perjalanan politik dia , memang tak lah sebab mamat gemuk misai beruban ni cakap banyak tapi dia sendiri teruk. Dia handle bolasepak Pulau Pinang ni , dari teruk ke tahap sampah. Dia tahu team ni teruk tapi still nak hold position dia. Orang macam ni elok direjamkan je. Mungkin dia duduk atas kerusi as a President hanyalah untuk tujuan peribadi.

Aku respect dekat Tok Guru Nik Aziz yang takde pun nak berebut jawatan dengan TSAM tu. Eventhough Kelantan diterajui PAS , tapi Presiden bolasepak diorang ialah Barisan Nasional. Politik dan sukan perlu dijauhkan. Rosak sukan kalau politik masuk sama. Mixture tak sama. Aku cadangkan , kalau Pakatan menang lagi banyak negeri lepasni , janganlah lantik Menteri Besar menjadi Presiden bolasepak negeri terbabit. Kalau nak pilih dari kalangan Pakatan pun , pilih orang yang berwibawa. Yang tahu selok-belok pasal bolasepak. Yang tahu manage pasukan. Bukan orang yang datang ketika Sultan turun , datang ketika Final.

Tapi aku tak lah terkejut sangat kalau Presiden tak turun sebab The Mighty Sultan Bola pun relax je lepak dekat rumah time perlawanan berlangsung , inikan pulak anak-anak buah dia ye dak.

January 26, 2012

Respect

Respect dalam Bahasa Melayu ialah hormat. Respect sangat penting di dalam kehidupan seharian. Kalau takde respect  mungkin dah lama ramai manusia mati. Fikirkan , kalau seseorang itu tiada hormat dekat orang tua , mahu kena sebat dekat mulut sebanyak 100kali. Tak pun , mulut dijahit secara manual. Jadi kita memang perlukan respect.

Aku pilih tajuk ni sebab kita sebagai sebuah 'pasukan' yang tiada ketua memerlukan respect di antara satu sama lain. Kita perlu respect komrad-komrad yang lain. Oh ya , mungkin ada yang terpinga-pinga apa itu komrad. Thanks for wikipedia.

Comrade - means "friend", "colleague", or "ally"
Jadi didalam sebuah pasukan , semua kawan kita. Susah senang bersama. Kalau seorang kena tangkap , yang lain akan ke balai polis untuk jamin atau bantu supaya tak naik ke mahkamah. Jangan takut komrad , nama pun ultra , for sure polis tak akan suka dengan kita melainkan ketua polis itu sendiri join curva. Itu lain cerita.

Okay , macam dah mula lari topik. Jadi aku tengok , lack of respect dikalangan komrad mula timbul. Ada sesetengah yang salam dengan pemakai-pemakai mafla Kona 4C sahaja. Mungkin siapa pemakai mafla ini dianggap otai ataupun topboys. Dan diset pula pemikiran mereka iaitu pemakai mafla Negeri Sembilan ialah orang yang baru nak join , jadi tak perlu nak berbaik baik kerana tak bawak apa pun. Lebih baik hormat otai , boleh jadi popular dikalangan komrad dan boleh naik ke level yang lebih tinggi seperti - capo.

Mari ubah pemikiran kita , jika ke curva , salam semua orang. Tak perlu nak masam masam muka. Ultra tak semestinya masam muka untuk tunjuk muka ganas. Ultra tak semestinya memakai DP yang menunjukkan anda memegang flare. Jika dikalangan kita , respect dikalangan komrad tinggi , maka setiap ahli akan bersatu. Kita perlu juga respect pandangan orang. Contoh nya , orang itu cakap yang suara komrad di curva kurang lantang. Tak perlu nak marah atau melenting. Setakat berbalah untuk tujuan memperbetulkan apa yang salah , apa de hal kan.

Yang muda respect orang tua , yang muda respect orang muda , yang tua respect orang tua , yang tua respect orang muda. Tak semestinya lepak dengan brader-brader menunjukkan kau terkenal ataupun kau otai. Yang muda boleh bimbing yang baru nak join dan dalam masa perlu terapkan ilmu respect didalam jiwa komrad baru. Yang terlebih muda boleh bimbing yang baru nak join dan terapkan ilmu yang betul. Jangan terapkan ilmu ajaran sesat atau pun membuat hadis sendiri. Dan yang baru perlu respect orang orang lain. Jangan menyombong.

Respect fostering unity.

January 18, 2012

Our Local Football - Provoke.

'Kau pegi stadium Sabtu ni?' , kata Is kepada Paca.

'Sure ah pegi , lepastu kita provok team lawan.' , balas Paca.

Bagi aku , Liga M boleh dikatakan berkembang jugak dari segi penonton berbanding tahun 2008 , 2009. Ketika itu Era Mati. Semua alih tumpuan ke Liga luar seperti BPL , Seria A , La Liga dan sebagainya. Siapa yang pandang Malaysia ketika itu? Time tu nak buat mafla pun rasa takut , sebab takut tak laku. Takut rugi. Kalau ada pun , satu corak je. Lepas tu ada lambang Football Azzu-ciation of Midin dekat mafla tu.

Now , semua dah berubah. Semua mula datang ke stadium walau tempo game , ke-profesional-an pengurusan dan persatuan tidak sehebat liga luar tetapi orang still datang stadium and bayar tiket. Penonton pun tidak buat onar seperti dahulu , bakar itu ini. Cuma ada segelintir fans yang datang untuk memanaskan hati penyokong lawan yang dikenali sebagai provok.

Bagi aku provok ni ada had dia. Jangan kau nak perkecilkan negeri orang lain , jangan nak berbangga dan riak kononnya kau pemenang so kau ada hak nak riak. Kau pegi page pihak lawan , kau bising panggil macam macam nama dekat negeri orang tu , lepastu kau gelak sorang sorang depan laptop padahal hati dah berdegup kencang sebab orang luar boleh tengok profile picture kau yang serupa mat jambu menjual minyak di kompleks membeli belah. Hati mula gelisah , kau pun lap peluh guna mafla sebelah laptop kau. Habis lencun mafla , kau lap guna baju ultras kau yang tertulis - We Are God of Ultras. Halkum kau mula ke atas ke bawah , seluar mula basah walaupun kau tak bukak laman web lucah.

Orang yang provok dekat alam maya ni yang dikenali sebagai Keyboard Warrior ni memang penakut. Tapi aku tak kisah , diorang kadang kadang bosan , sebab tu diorang provok tak tentu pasal. Yang provok di stadium pula , ini aku lagi tak paham. Every state ada fighter diorang , tak semesti state kau ada huligens , negeri kau hebat. Fighter berlambak di Malaysia ni , cuma diorang taknak bagitahu. Yang penting , provok ada had. Kadang kadang , sorakan yang kuat pun bagi aku provok jugak dekat orang. Surely player and supporters/fans akan panas dengan sorakan kuat. Tak semestinya kau gelar negeri orang lain anjing , babi kurap , lembu jambu dan sebagainya , orang akan panas. Benda paling hina ialah kau provok tapi orang buat tak endah dan teruskan hidup macam biasa. Memang aku sarankan , balik telan panadol 100biji then pergi mati. Takpun makan taik sendiri.

Kau provok , carik pasal macam mana pun , kau satu hati jugak bila game Malaysia. Provok itu surely ada , tapi berpada pada. Riak pun berpada pada. Kalau nak heboh kau yang terhebat , sekali kau kalah dengan team tangga ketiga terbawah dalam liga , baru kau tau langit tinggi rendah. Time tu semua gelak dan kasi ayat ayat taik yang kau tak mampu nak balas tanpa pertolongan rakan rakan negeri.

Provok itu boleh , tapi jangan sampai boleh buat orang bunuh orang diluar stadium. Scene bola sepak Malaysia ni kecik , pusing pusing jumpa orang itu jugak.

Kepada mat mat jambu diluar sana , janganlah nak provok sangat. Orang nak balas komen kau pun tak sampai hati apatah lagi nak carik kau dan fight.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...