September 25, 2011

Suku Akhir : Ditempah



Gol daripada Shahurain dan Firdaus telah membenamkan Sime Darby , 2-1 . walaupun ada sebilangan yang masih ternganga nganga sebab Arena tulis Negeri Sembilan hanya 1-1 dengan Sime Darby , tapi the truth is kita menang . dan suku akhir kita dah layak . sekarang adalah proses menyiapkan diri untuk tunggu siapa lawan kita .

Kelantan ? Felda United ? hadap mana mana team pun . doa dan semangat diutuskan kepada pemain untuk berjuang hingga minit terakhir . tak kisah bila tarikh main dekat home , tapi pastikan anda berada disana . jangan cakap banyak , jangan sibuk tulis dekat facebook kemain heboh itu ini tapi anda sendiri tak hadir di stadium . RM 8 mahal ? bawak ibubapa anda sekali jika perlukan tampungan . ajak rakan , kumpul duit reramai . ikat perut seminggu , beli air RM0.50 je . balik makan nasik puas puas .

Jangan sibuk bising di facebook kata ingin sertai Kona 4C tetapi batang hidung anda pun tak nampak . jika di facebook , beratus bising pumpam ingin sertai tetapi mengapa kehadiran di Kona 4C masih kurang ? mengapa tidak beratus ? mengapa hanya berpuluh ? ada remaja yang sertai , bawa beg SIG , pakai macam hendak ke JJ tetapi suara hilang , tak keluar . sertai untuk apa ? untuk popular ? untuk kata anda dah naik ke Kona 4C dan hebohkan di kelas anda ? untuk cerita betapa hebat anda bermain flare sambil mata ditutup dengan mafla ? hebat! hebat!

Penuhkan stadium keramat kita , dan harap dapat penuhkan curva baru kami . jika nampak ada yang memakai mafla Ultras Nogori 9 , itulah kami . jika taktahu dimana tempatnya , tanya abam tu . semua abam baik baik belaka . kerjasama dan jiwa diperlukan .

Lautan Kuning , Sila Bangkit .

September 23, 2011

Amboy Amboy Amboy

Bising itu ini , teruk teruk teruk . itu kata sebilangan orang yang aku jumpa dan dengar tentang Olimpik Malaysia atau dikenali sbg Harimau Muda . lawannya ? Jepun . hamek kau , pemenang Asian Games 2010 kau tau . kira bagi aku okaylah kalah dua kosong . okay memang okay cuma strategi aku rasa salah . permainan Malaysia juga nampak lain . shots on target Jepun dua puluh lebih berbanding Malaysia iaiatu satu . dan pemain Malaysia nampak letih . tapi siapalah kita untuk menilai . Ong Kim Swee lebih tahu perihal strategi semua ni . oh yea , atmosfera stadium memang aku tabik . bergema di TV ketika aku tengok game tu . chants nya ada lebih kurang tiga hingga empat je . tapi semangat mereka lain macam . makan shushi dengan belut kot before game .

Syria dan Bahrain , sila tunggu .

Okay , cerita tentang skuad kita pula . esok mereka akan turun menentang abam's bank di Padang Majlis Perbandaran Selayang , Selangor . mengharapkan kemenangan akan terhasil sebelum bertandang ke Tranung . boleh bawak duit lebih beli kain kat Pasar Payang . murah murah belaka . siapa yang kawan kawan pergi ke SSINS , bolehlah kirim keropok lesung ke , keropok lekor ke . boleh buat ngonyeh ngonyeh sambil layan cerita Saffiya kat TV3 . 

#Kalau masuk suku akhir , tapi stadium still tak ramai memang taktau nak cakap apa . kena suruh Tok Mat buat Ops Kerahan Ke Stadium lah macam ni .

September 18, 2011

Dua Peluru Tembus Jang-tung

Negeri Sembilan 0 - PKNS 2

Suasana sangat kelam . Harini , semua penduduk tidak keluar rumah . bandar Seremban lengang . hanya dipenuhi pendatang tanpa izin dan dengan izin . seorang pakcik terkejut kerana Terminal One harini dipenuhi abam abam kontraktor . pakcik itu bagaikan berasa dia Bandung , Indonesia . sementara di Jaya Jusco pula , abam abam mesin rumput memenuhi ruang legar kompleks membeli belah itu . seorang amoi terkejut kerana ibarat berada di Bashundara City .

Pemuda-pemudi yang baru balik dari konsert Our Voice juga in-shock dengan keadaan ini . mereka tidak tahu perkembangan semasa . malah tanya kenapa perkara ini berlaku ? adakah kerana Jang Jang semua mahu tengok Melodi atau Jalan Jalan Cari Makan ? pemuda yang ditemui di Mekdi merasakan perkara ini berlaku kerana harini merupakan cuti bagi pendatang dengan izin dan tanpa izin . namun , pemuda itu telah ditampar kerana masih tidak peka dengan perkembangan semasa . hari Ahad memanglah cuti bagi diorang . takkan Ahad pun nak kerja .

Semua persoalan memang tak dapat dijawab . persoalan hanya dapat dijawab bagi sesiapa yang mengikuti perlawanan bola sepak semalam . perlawanan yang sepatutnya menjadi medan untuk penyokong bergembira kerana layak ke suku akhir , diubah menjadi penyokong memaki hamun dan sedih ibarat menonton cerita Nur Kasih The Movie di MBO , Terminal Two. semalam merupakan hari duka bagi penyokong bola sepak Negeri Sembilan . penalti tak masuk . gol dua itu ibarat peluru tembus jantung . sakit bukan kepalang .

Namun , perlawanan akan datang perlu digunakan sebaik mungkin oleh Negeri Sembilan . abam abam bank perlu dikikis habis habisan . penyokong penyokong perlu turun ke Stadium Selayang untuk memberikan sokongan . kuningkan seat seat di Stadium Selayang seperti melawan PKNS pada 6 September tempoh hari . jurulatih perlukan pemain , pemain perlukan penyokong , penyokong perlukan kemenangan dan kejuaraan .

Lautan kuning perlu mengalir seperti biasa . lagu keramat negeri perlu dimainkan di stadium . kuning dan Negeri Sembilan tidak boleh dipisahkan . kerana , Negeri Sembilan.. Negeri Adat Perpatih .

#kesedihan perlu ditebus dengan kemenangan . kemenangan memberikan kegembiraan . kejuaraan itu satu bonus .

September 14, 2011

Nilai III vs Pasar Payang

Kredit : Shafrul Photography
Tranung Nelang ? kahkahkah! bukan nak bongkak tapi haritu terbaca dekat satu page yang konon III ribu abam abam kopok ikang nak turun . taping manang ? #ranap . ketika aku sampai stadium jam 8.25pm , aku cuba mencarik dimana Ultras Tranung dan fans fans Trnaung ? selalu away punya fans dah penuhkan tempat duduk mereka pada waktu macam tu . tapi kali ni tak .

Aku pernah duduk bersama abam ikang , dan time tu 2003 tak silap . masih kecik , ikut ayah dan kawannya yang anak jati tranung . seram . mana tak nya , tak biasa duduk away . nak sorak untuk negeri sendiri pun takut . time tu grandstand sebelah kanan penuh dgn abam ikang . tapi semalam tak , ada lopong lopong .

Jadi dua hari semalam , Ultras Tranung kata III ribu orang akan turun STAR Of Paroi . huuu nelang sungguh . lalu seorang abam UN9 menanya nelang tu apa . kawan abam ni kata yang nelang tu samseng . lalu terkekeh kekeh la abam tu setelah tahu nelang tu samseng . aku tahu maksudnya selepas pegi bercuti di Tranung . nelang itu samseng .

Namun , indah khabar dari rupa .Tranung tak nelang langsung di STAR Of Paroi . kalah 1-0 hasil jaringan Shahurain yang on form sejak kahwin haritu . aku masih mencari ke-nelang-an Ultras Tranung (UT) setelah game bermula . mana mereka ni ? nelang ke nelang-yan ? tiba tiba pada minit entah keberapa , rombongan UT hadir dengan banner Berjuanglah Demi Tranung .

Laa baru sampai ke ? bas rosak kot . takpun banner misplaced . takpe , atleast mereka hadir dan beri sokongan . walaupun angkanya hanya ber-sa dan bukan berpuluh , namun aku masih ada dengar suara mereka . kira kuat tu . apa rahsianya ? ikang ?

Apang apang pung , hadirkan diri anda pada Sabtu ini . kali ini abam abam perbadanan pulak , dan ini adalah game home terakhir di peringkat kumpulan sebelum kita bertandang ke Tranung dan Sime Darby . Bangkitlah wahai lautan kuning . Bangkitlah .

September 11, 2011

Tepuk Tangan 50 Kali

Kredit kepada : Shafrul Aboy

Kruup.. Kruup.. #bunyi karipap mini dikunyah .

Nak tau keputusan semalam ? Negeri Sembilan 5 - Sime Darby 0 .

Keputusan negeri lain  ? tengok Nadi Arena 7.30pm harini . kot ada .

Hai awak awak , jang-ers , abam abam , akak akak sekalian . lena tak tidur malam semalam ? aku lena habis . krooh krooh bunyinya . terbongkang . siapa peminat Menyu , lagilah lena . sebab Menyu menang angka sama macam Negeri Sembilan . aku semalam manjang mimpi angka limalimalima je . terima kasih juga kepada abam polis yang perhati kami . kami terharu . mesti ada abam polis terbaca post before ni lepas tu bagitahu kawan kawan kan ? terharu .

Tapi aku bukan nak riak . Alhamdulilah , menang dengan angka besar . dapat dahului kumpulan . semalam juga bagaikan hujan rahmat turun di Negeri Sembilan . aku saksi kan guruh guru di langit , tapi tiada bunyi . hanya cahaya . angin kuat . bendera bendera yang kami angkat berkibar . lepas tu tak payah kibarkan dah , sebab ada pertolongan dari angin kuat .

Tiba-tiba , angin kuat tu menjadi super-kuat . kemudian rasa air air jatuh . nak katakan orang baling air dari atas , takkan lah sebab aku duduk dekat tingkat atas . sekali hujan renyai . hujan . hujan lebat . hujan angin . semua lari tempiaran bagai dikejar sebab nak carik tempat teduh . niat aku macam tu mula mula , namun abam abam Ultras masih steady dan gagah di Kona 4C . jadi , aku batalkan niat itu . lencun tak lencun , redah je .

Aku sangka hujan lari , atau hujan yang hanya sekejap je . sangkaan aku salah . lama rupanya . sehingga 40 minit habis permainan baru berhenti . baju , mafla , jeans , kasut dah lencun . bukan aku sorang , abam abam Ultras lain juga begitu . apa yang aku sedikit terharu ialah AK-9 menyuruh player Negeri Sembilan memberi tepukan kepada Ultras . dan AK-9 sendiri memberi tepukan kepada Ultras . Jurulatih rancang , player laksana , penyokong menyokong .

Jumpa anda semua di STAR Of Paroi , 13 September 2011 , Negeri Sembilan vs Terengganu . kubu kita , pertahankannya .


September 9, 2011

Sedia ?


Jadi bermulalah tugasan abam abam polis menjaga adik adik Ultras besok . pasti diperhati dari atas dan dari bawah . macam macam tak boleh buat . kesian adik adik Ultras . niat menyokong , tapi diperhati bagai banduan habis hukuman . takpe lah , polis menjalankan tanggungjawab nya . begitu juga penyokong penyokong yang hadir , semua datang menjalan kan tanggunjawab masing masing . makan kuaci , maki , main gendang , 'groundhopping' , jual air sambil jerit burger kuaci dan sebagainya .

Segala gerak geri diperhati , batang bendera tidak dibenar bawak masuk kerana kononnya bahaya kot . tapi aku tengok dekat Chelsea , Spurs , Germany punya league bawak bendera relax je . polis diorang baik ke ? Ultras dan penyokong bukan bawak untuk pukul orang saja saja , mungkin ada yang pukul kerana cuba pertahan diri sendiri .

Malah aku rasa , bawak flag dengan batangnya sekali boleh nampak lagi lawa suasana di stadium . okay aku nak cerita tentang flare pula . tau ? jika taktahu boleh search dekat google . boleh search dekat youtube . Ultras dan flares tak boleh pisah macam kek dengan gula . boleh hidup tak kek tanpa gula ? sure tak kan . sedap ke kek takde gula ? tak kan . kalau ada yang buat kek guna garam , aku respect .


Eh sorang polis je jaga ? sah polis diorang tak bertanggungjawab . sure makan gaji buta . bahaya flare ni , boleh datang cedera . kenapa diorang tak jaga . jika anda tengok di luar negara , ada supporter mereka yang baling flare ke tengah padang . ya , itu bahaya tapi Malaysia yang mengamalkan adat ketimuran , sopan santun tak akan buat begitu . ada insiden ketika Final FA Cup 2010 dimana supporter Kelantan baling flare ke tengah padang . itu bukan Ultras Red Mania , itu orang lain . Ultras-Ultras di Malaysia memang tak akan baling flare sesuka hati ke tengah padang . what for baling ? pejadah ? lagi buat game tertangguh . injury time sepuluh minit kang .

Ada abam polis kemain anti smokebomb , haa ni lagi satu . pi search kalau tak tau . ada yang sepak supaya benda tu padam . aku nasihat , setiap abam polis perlu membawa selimut atau kain kecik , baru boleh padam . smokebomb tu tak boleh padam sendiri . cubalah lawan smokebomb tu , smokebomb tu hani kental . dia berani lawan balik . cuba padam , lagi dia keluar banyak . ada pulak hati nak padamkan ? adik adik Ultras sendiri biar je macam tu . itu nak bangkitkan suasana juga . tak kejadah buat tu semua kalau takde tujuannya . macam bersukan la . apa jadah bersukan kalau takde tujuan ? mesti lah ada tujuan . ada nak kurus , ada nak sihat , ada nak for fun , ada nak jumpa kawan baru . pernah ke korang pergi bersukan , lepas tu realise , 'apa guna aku lari ni eh ? apa tujuan aku? ' kalau korang pernah alami situasi macam tu , aku respect lagi sekali .

Jadi kepada abam abam polis yang baca ni , kami tak benci anda . kami tahu anda jalankan tugas . cuma harap anda semua dapat faham situasi kami . situasi dimana menyokong tahap gila babi tapi masih under control . harap maaf jika ada abam polis yang terasa dengan post ini . sekian , terima kasih .

SEDIAKAH ANDA ?

September 7, 2011

Permulaan Piala Malaysia 2011

Credit to : Ahmad Junaidi

PKNS ? Done . Negeri Sembilan telah menang 2 - 1 ke atas PKNS . Gol header dari Hai-O dan volley cantik dari Shahurain telah meng-senyap-kan penonton penonton . err , semalam main dekat Stadium MBPJ ke Stadium Tuanku Abdul Rahman ? Syabas terhadap penyokong penyokong Negeri Sembilan yang hadir . UN9 pun turun juga , tu taknampak gambar atas tu . penat Ahmad Junaidi amek gambar . Thanks AJ :)

Aku tersentak ketika PKNS menjaring gol ketika minit 9 melalui Norhafizuan yang terus tidak lepas peluang untuk tendang bola ke gawang gol yang kosong lepas Farizal M. keluar dari gawang untuk menumbuk bola . semua fans N9 nampak kecewa . kemudian , free kick dari Shukor berjaya ditanduk Hai-O yang tidak dikawal sesiapa . tengah lepak chill nak amek kuih tart nenas , tiba tiba ada jeritan gol . terus laju aku ke ruang tamu . tengok , abam Kecik kita iaitu Shahurain . ulang tayang , volley . incredible . awesome . sure masuk ESPN .

Second half aku sempat tengok sikit je sebab keluar makan dengan family , dapat jugak tengok Farizal M. kena buang padang . tak puas hati betul dia . apatah lagi fans N9 . aku hanya menarik nafas lega lepas game habis . PKNS bukan calang calang team , team ni hanya kalah sekali ke atas Sarawak ketika Liga Perdana 2011 dan mereka Juara Liga Perdana 2011 .

Jadi , selepas ini , tugasan kita pula . STAR Of Paroi , 10 September 2011 , 8.45 pm , make sure you there . tiba masanya lautan kuning bangkit , sampai bila hanya mahu berkata - 'powerlah fans kelantan , ramai fans . powerlah fans perak , ramai .' tiba masanya orang luar kata , 'hebat fans N9 , ramai . cantik lautan kuning .' kita bukan calang calang team wahai jang-ers sekalian , kita adalah Juara edisi 2009 , Naib Juara edisi 2010 . 2011 ? Mungkin juara kembali ? hanya Tuhan , kita , pemain , coach , pengurusan yang menentukannya .

BANGKITLAH WAHAI LAUTAN KUNING!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...