Negeri Sembilan 0 - PKNS 2
Suasana sangat kelam . Harini , semua penduduk tidak keluar rumah . bandar Seremban lengang . hanya dipenuhi pendatang tanpa izin dan dengan izin . seorang pakcik terkejut kerana Terminal One harini dipenuhi abam abam kontraktor . pakcik itu bagaikan berasa dia Bandung , Indonesia . sementara di Jaya Jusco pula , abam abam mesin rumput memenuhi ruang legar kompleks membeli belah itu . seorang amoi terkejut kerana ibarat berada di Bashundara City .
Pemuda-pemudi yang baru balik dari konsert Our Voice juga in-shock dengan keadaan ini . mereka tidak tahu perkembangan semasa . malah tanya kenapa perkara ini berlaku ? adakah kerana Jang Jang semua mahu tengok Melodi atau Jalan Jalan Cari Makan ? pemuda yang ditemui di Mekdi merasakan perkara ini berlaku kerana harini merupakan cuti bagi pendatang dengan izin dan tanpa izin . namun , pemuda itu telah ditampar kerana masih tidak peka dengan perkembangan semasa . hari Ahad memanglah cuti bagi diorang . takkan Ahad pun nak kerja .
Semua persoalan memang tak dapat dijawab . persoalan hanya dapat dijawab bagi sesiapa yang mengikuti perlawanan bola sepak semalam . perlawanan yang sepatutnya menjadi medan untuk penyokong bergembira kerana layak ke suku akhir , diubah menjadi penyokong memaki hamun dan sedih ibarat menonton cerita Nur Kasih The Movie di MBO , Terminal Two. semalam merupakan hari duka bagi penyokong bola sepak Negeri Sembilan . penalti tak masuk . gol dua itu ibarat peluru tembus jantung . sakit bukan kepalang .
Namun , perlawanan akan datang perlu digunakan sebaik mungkin oleh Negeri Sembilan . abam abam bank perlu dikikis habis habisan . penyokong penyokong perlu turun ke Stadium Selayang untuk memberikan sokongan . kuningkan seat seat di Stadium Selayang seperti melawan PKNS pada 6 September tempoh hari . jurulatih perlukan pemain , pemain perlukan penyokong , penyokong perlukan kemenangan dan kejuaraan .
Lautan kuning perlu mengalir seperti biasa . lagu keramat negeri perlu dimainkan di stadium . kuning dan Negeri Sembilan tidak boleh dipisahkan . kerana , Negeri Sembilan.. Negeri Adat Perpatih .
#kesedihan perlu ditebus dengan kemenangan . kemenangan memberikan kegembiraan . kejuaraan itu satu bonus .