September 23, 2011

Amboy Amboy Amboy

Bising itu ini , teruk teruk teruk . itu kata sebilangan orang yang aku jumpa dan dengar tentang Olimpik Malaysia atau dikenali sbg Harimau Muda . lawannya ? Jepun . hamek kau , pemenang Asian Games 2010 kau tau . kira bagi aku okaylah kalah dua kosong . okay memang okay cuma strategi aku rasa salah . permainan Malaysia juga nampak lain . shots on target Jepun dua puluh lebih berbanding Malaysia iaiatu satu . dan pemain Malaysia nampak letih . tapi siapalah kita untuk menilai . Ong Kim Swee lebih tahu perihal strategi semua ni . oh yea , atmosfera stadium memang aku tabik . bergema di TV ketika aku tengok game tu . chants nya ada lebih kurang tiga hingga empat je . tapi semangat mereka lain macam . makan shushi dengan belut kot before game .

Syria dan Bahrain , sila tunggu .

Okay , cerita tentang skuad kita pula . esok mereka akan turun menentang abam's bank di Padang Majlis Perbandaran Selayang , Selangor . mengharapkan kemenangan akan terhasil sebelum bertandang ke Tranung . boleh bawak duit lebih beli kain kat Pasar Payang . murah murah belaka . siapa yang kawan kawan pergi ke SSINS , bolehlah kirim keropok lesung ke , keropok lekor ke . boleh buat ngonyeh ngonyeh sambil layan cerita Saffiya kat TV3 . 

#Kalau masuk suku akhir , tapi stadium still tak ramai memang taktau nak cakap apa . kena suruh Tok Mat buat Ops Kerahan Ke Stadium lah macam ni .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...