Jadi bermulalah tugasan abam abam polis menjaga adik adik Ultras besok . pasti diperhati dari atas dan dari bawah . macam macam tak boleh buat . kesian adik adik Ultras . niat menyokong , tapi diperhati bagai banduan habis hukuman . takpe lah , polis menjalankan tanggungjawab nya . begitu juga penyokong penyokong yang hadir , semua datang menjalan kan tanggunjawab masing masing . makan kuaci , maki , main gendang , 'groundhopping' , jual air sambil jerit burger kuaci dan sebagainya .
Segala gerak geri diperhati , batang bendera tidak dibenar bawak masuk kerana kononnya bahaya kot . tapi aku tengok dekat Chelsea , Spurs , Germany punya league bawak bendera relax je . polis diorang baik ke ? Ultras dan penyokong bukan bawak untuk pukul orang saja saja , mungkin ada yang pukul kerana cuba pertahan diri sendiri .
Malah aku rasa , bawak flag dengan batangnya sekali boleh nampak lagi lawa suasana di stadium . okay aku nak cerita tentang flare pula . tau ? jika taktahu boleh search dekat google . boleh search dekat youtube . Ultras dan flares tak boleh pisah macam kek dengan gula . boleh hidup tak kek tanpa gula ? sure tak kan . sedap ke kek takde gula ? tak kan . kalau ada yang buat kek guna garam , aku respect .
Eh sorang polis je jaga ? sah polis diorang tak bertanggungjawab . sure makan gaji buta . bahaya flare ni , boleh datang cedera . kenapa diorang tak jaga . jika anda tengok di luar negara , ada supporter mereka yang baling flare ke tengah padang . ya , itu bahaya tapi Malaysia yang mengamalkan adat ketimuran , sopan santun tak akan buat begitu . ada insiden ketika Final FA Cup 2010 dimana supporter Kelantan baling flare ke tengah padang . itu bukan Ultras Red Mania , itu orang lain . Ultras-Ultras di Malaysia memang tak akan baling flare sesuka hati ke tengah padang . what for baling ? pejadah ? lagi buat game tertangguh . injury time sepuluh minit kang .
Ada abam polis kemain anti smokebomb , haa ni lagi satu . pi search kalau tak tau . ada yang sepak supaya benda tu padam . aku nasihat , setiap abam polis perlu membawa selimut atau kain kecik , baru boleh padam . smokebomb tu tak boleh padam sendiri . cubalah lawan smokebomb tu , smokebomb tu hani kental . dia berani lawan balik . cuba padam , lagi dia keluar banyak . ada pulak hati nak padamkan ? adik adik Ultras sendiri biar je macam tu . itu nak bangkitkan suasana juga . tak kejadah buat tu semua kalau takde tujuannya . macam bersukan la . apa jadah bersukan kalau takde tujuan ? mesti lah ada tujuan . ada nak kurus , ada nak sihat , ada nak for fun , ada nak jumpa kawan baru . pernah ke korang pergi bersukan , lepas tu realise , 'apa guna aku lari ni eh ? apa tujuan aku? ' kalau korang pernah alami situasi macam tu , aku respect lagi sekali .
Jadi kepada abam abam polis yang baca ni , kami tak benci anda . kami tahu anda jalankan tugas . cuma harap anda semua dapat faham situasi kami . situasi dimana menyokong tahap gila babi tapi masih under control . harap maaf jika ada abam polis yang terasa dengan post ini . sekian , terima kasih .
SEDIAKAH ANDA ?