September 7, 2011

Permulaan Piala Malaysia 2011

Credit to : Ahmad Junaidi

PKNS ? Done . Negeri Sembilan telah menang 2 - 1 ke atas PKNS . Gol header dari Hai-O dan volley cantik dari Shahurain telah meng-senyap-kan penonton penonton . err , semalam main dekat Stadium MBPJ ke Stadium Tuanku Abdul Rahman ? Syabas terhadap penyokong penyokong Negeri Sembilan yang hadir . UN9 pun turun juga , tu taknampak gambar atas tu . penat Ahmad Junaidi amek gambar . Thanks AJ :)

Aku tersentak ketika PKNS menjaring gol ketika minit 9 melalui Norhafizuan yang terus tidak lepas peluang untuk tendang bola ke gawang gol yang kosong lepas Farizal M. keluar dari gawang untuk menumbuk bola . semua fans N9 nampak kecewa . kemudian , free kick dari Shukor berjaya ditanduk Hai-O yang tidak dikawal sesiapa . tengah lepak chill nak amek kuih tart nenas , tiba tiba ada jeritan gol . terus laju aku ke ruang tamu . tengok , abam Kecik kita iaitu Shahurain . ulang tayang , volley . incredible . awesome . sure masuk ESPN .

Second half aku sempat tengok sikit je sebab keluar makan dengan family , dapat jugak tengok Farizal M. kena buang padang . tak puas hati betul dia . apatah lagi fans N9 . aku hanya menarik nafas lega lepas game habis . PKNS bukan calang calang team , team ni hanya kalah sekali ke atas Sarawak ketika Liga Perdana 2011 dan mereka Juara Liga Perdana 2011 .

Jadi , selepas ini , tugasan kita pula . STAR Of Paroi , 10 September 2011 , 8.45 pm , make sure you there . tiba masanya lautan kuning bangkit , sampai bila hanya mahu berkata - 'powerlah fans kelantan , ramai fans . powerlah fans perak , ramai .' tiba masanya orang luar kata , 'hebat fans N9 , ramai . cantik lautan kuning .' kita bukan calang calang team wahai jang-ers sekalian , kita adalah Juara edisi 2009 , Naib Juara edisi 2010 . 2011 ? Mungkin juara kembali ? hanya Tuhan , kita , pemain , coach , pengurusan yang menentukannya .

BANGKITLAH WAHAI LAUTAN KUNING!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...