July 28, 2011

Kekalahan Mengajar Kita Untuk Berusaha Lebih Gigih

Gambar dicekup dari : Farid Photography

Malaysia 1 - Singapura 1 (Agregat 4-6) . Ada penonton mahupun penyokong pulang awal . mungkin kerana sedih takpun nak elak jem . aku merupakan ribuan penyokong yang tak dapat pergi ke SNBJ . jadi aku pergi kedai makan , tengok skrin besar dengan kawan . and kawan aku yang merupakan bukan lah penyokong setia Malaysia , terus menjadi penyokong malah susah nak dengar diorang kutuk ke apa . mungkin nanti diorang kutuk , aku balas balik kot . mungkin .

Gol daripada Shi Jiayi melenyapkan harapan nak ke Pusingan Ketiga World Cup 2014 . konsentrasi Malaysia terus terganggu akibat daripada gol Shi Jiayi malah banyak lakonan yang Singa-porno buat juga buat semua penyokong baling botol minuman . baru kau tau penyokong Malaysia ni semua buas . bak kata Pengulas Arena tadi (lupa nama) ,

#gambar menunjukkan Avramovich , jurulatih Singa-porno. 'Ye ini lah director kepada actor actor Singapura .'

Aku salute betul dekat pengulas tu , berani dia cakap . selalu macam tu Zainal Abidin akan cover cover , tapi nak buat macam mana . dah terlepas kan . aku rasa Si buncit Qiu Li akan mengalahkan Que Haidar dari segi popular nya . entah entah kahwin orang seiras Linda Jasmine . Duric pula akan menjual Durex secara online , nantikan link web berkenaan . aku akan umumkan . jangan risau . Jumaat Jantan akan membuka tempat bela ayam jantan . Izwan Mahbud akan berduet dengan Izwan Pilus untuk lagu terbaru mereka - Foreigners .

Aku ucap tahniah dekat keeper , Khairul Fahmi Che Mat atau Apek sebab save banyak chance chance yang memang 90% gol . time tu cuak habis , yang nak terkencing tu memang terus kencing dah . haaa cuak tak cuak . aku suka Muslim Ahmad botak , macam Juvana . muka gengster habis . patutlah tadi Duric tercengang je , mana nak lari bro? depan lu ada juvana terlepas . lu datang , dia makan . lu diri , dia makan jugak . jadi baik lu lari .

Kalah menang , kita kena sokong . itulah skuad kita . lepas ni sokong Harimau Muda pulak . lawan Jepun tu , kasi Apek main . sure ramai gadis Apek bawak balik ke Malaysia sekaligus memberi 'makan' kepada pemain lain . mana tahu K.Rajagopal pun dapat 'makan' sekali . mana tahu nanti Syria tu kita boleh 'makan' macam kita makan sirih je . ngap ngap , dah menang . lawan Bahrain , kita kena suruh pemilik Nasi Arab seluruh Malaysia untuk taja mereka , kasi diorang 'bir halal' , main nanti sure mabuk . diorang tengok muka Fadhli Shas pun macam Betty Benafe . yay aley .

Tahniah Harimau Malaya , walaupun kalah , penyokong akan sentiasa dibelakang anda . Oh Malaysia , Kau Kebanggaankuuuu .

July 27, 2011

Sehari Sebelum Singapura-pura Menghadapi Neraka Dunia .

Hoi , tajuk kemain panjang . jangan main main . hati orang semua panas dekat Singapura-pura ni . sekarang mereka nak main psikologi bodoh je , mintak maaf la , kata best main dekat SNBJ la . kau tktau mcm mana rasa main dekat SNBJ ni Singapura-pura . rasa macam makan tahi basi . haa sedap tak sedap ?

Aku antara ribuan penyokong yang tak dapat tiket , sakit hati dia sama macam sakit hati dapat tahu awekku curang kepadaku . aku cuma nak marah dekat FAM sebab sepatutnya mereka bahagikan tiket kepada stadium yang boleh beri pulangan . kau bayangkan orang perlis turun SNBJ kemudian tak dapat tiket . apa rasa mereka ? ya, memang semangat cintakan negara semua tapi rasa sakit tu mesti ada kan ?

FAM! kenapa kau tk bukak mata lagi , kenapa kau masih tidur dekat atas bantal diisi dengan duit lg ? mungkin kami salah sebab tk beli tiket awal awal tapi kenapa kau tak limitkan tiket ? ulat tiket berlambak , jual sampai RM100 , RM300 . kami ni bukan kaya macam awak FAM . ada yang memang betul betul penyokong dari dulu , tak dapat pegi sbb ulat tiket haram ni . ulat dan FAM lebih kurang je .

Aku akui yang aku dah siapkan diri sejak seminggu lepas nak ke SNBJ , and last sekali aku tak berpeluang pergi . tahu tak sakit hati aku ni FAM ? sakit macam bontot kena cucuk dengan batang bendera . aku yang semangat sejak seminggu lepas , mula turun semangat utk pergi lepas tau tiket dh habis . itu baru aku , bayangkan berapa ribu lagi tk pergi ? FAM , lepas ni kau bahagikan kepada stadium yang boleh memberi pulangan yang tinggi tp adil la . jangan dkt Kelantan tu kau letak sampai 50ribu . ada orang N9 yang terpaksa pergi ke sana pukul 7am , terpacak tetapi pulang hampa petang itu .

Dan FAM , tolong lepas ni jangan naikkan harga tiket . harga tiket itu bukannya macam harga Roti John , mahupun nasik lemak ayam . tetapi macam harga baju kau beli dekat Seremban Uptown . mungkin FAM akan kata ,

'ala naik harga pun , orang pergi jugak'.

Ye memang orang pergi tp sbb Malaysia sekarang sedang berjuang menentang rival , kalau lawan Syria ke , cuba tengok laku tak laku tiket tu dengan harga RM30 . mau botak semua AJK sebab pikirkan cara promosi . baru tahu langit tinggi rendah . baru tahu siapa penyokong siapa penonton . baru tahu siapa setia siapa lalang .

Apa apa pun , aku ucapkan selamat berjuang kepada Harimau Malaya . tak kisah la korang pergi stadium ke , lepak kedai mamak ke , tengok big screen ke asal support Malaysia . setakat heboh pemain ke-12 tapi sokong time naik , baik tak payah . aku muak dengan ayat - SAYA PEMAIN KE 12 MALAYSIA . tetapi tak kenal player . baik kau jadi pemain ke 12 futsal team kampung kau iaitu buat bancuh air .

July 24, 2011

Singa-pok 5 Malaysia 3


Model : Oren Sprite

Tumtam tumtam semua status semalam . bila baru je nak lekat bontot dekat sofa , Safee Sali dah score . baru je lekat bontot , dah lompat gembira . kemudian semua cuak time Singa-pok attack . termasuklah aku yang tengok bola sambil online . kalau ada lah kopi secewen dekat tangan aku , mahu tumpah dah . macam orang parkinson . jantung dupdapdupdap . sesiapa yang ada penyakit jantung , memang boleh daftar dekat hospital untuk masuk wad . cuak woi cuak!

First hal , Singap-pok 4 Malaysia 1 dan time tu aku tahu , semua dah frust dan putus asa . aku mesej kawan aku pun , kemain maki dia . aku pun sakit hati tapi nak taknak tu lah skuad negara yang kena kita support ye dak ? oleh kerana rehat , semua orang pegi cool down hisap rokok , buat balik kopi sebab dah tumpah tadi , ada yang sempat masak maggi . komrad UM dekat Jalan Besar mungkin ada hal mereka sendiri . pakcik makcik dah give up , masuk tido . mungkin dah tutup lampu kot . ehem .

Bila second half start , semua layu . tengok pun sebab malas tukar channel lain . namun aku rasa Malaysia boleh bangkit , dan hasilnya memang boleh . Malaysia jarak gol dengan 4-3 dan aku time jerit macam aku duduk sorang sorang dalam dunia . mana tak nya , dari 4-1 terus jadi 4-3 lalu keluarlah pakcik dari bilik , makcik pun marah sebab tak dapat nafkah . potong stim . kemudian Singa-pok benam Malaysia dengan 5-3 , dan time tu aku dah bersyukur dah sebab even kalah pun , Malaysia ada advantage time 28Julai ni . aku boleh katakan aku tido time tu adalah paling lena , sambil diiringi lagu Lion Sleeps On Thursday . aku bangun pagi tadi dan tengok seluar basah . Apahal ?

Jadi ghamey ghamey kita turun SNBJ khamis , 28Julai . RM30 untuk seat terbuka . ala kepada pakcik , sila carik hari lain la . saya tahu khamis malam jumaat adalah hari special bagi pakcik dan makcik . tapi hari lain boleh kan ? aku cuma harap 50ribu dapat penuhkan SNBJ lalu kencing , muntah , pitam semua pemain Singa-pok . kalau boleh datang awal , boleh shopping mafla ke jersey ke . dan aku ucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang pergi ke ke Singa-pok semalam , neutral fans ke UM ke SSFC ke N9 Futbol ke asal semua support Malaysia .

p/s : aku paling piss off dengan perempuan yang terus like page player sebab dia hensem . contoh : Sebi Singh Official Fan Page . lepas tu , sengaja letak gambar Sebi Singh (example) sebagai DP di FB mereka . rasa time tu nak simbah je kopi panas dekat laptop diorang , biar rosak laptop diorang , takpayah nak update FB lagi dah . tetiba aku 'butthurt' pahal ?

July 21, 2011

Ahhhh Sarkas (Finale)

Ahhhh ni buat aku sedih ni , adui . mana tak nya , dah tak boleh dah tengok abangzz abangzz BPL main lagi lepas ni . mesti aku rindu hish . ni finale untuk post Ahhhh Sarkas . sedih aku ni macam Erul keluar dari AF9 , macam penyokong Menyu disuruh bukak baju . aku menangis teresak esak ketika menulis post ini .

Fuhh tenangkan diri . baik harini nak cerita pasal Malaysia XI VS Chelsea . game ini berkesudahan 1-0 , takpun 1/2 - 0 takpun 0 - 0 sebab gol dijaringkan Drogba sangat sangat la kontroversi . sure masuk Melodi Ahad ni . mampus la Sukhbidin and the rest sebab nanti kena terjah dengan abangzz abangzz Melodi . jaga jaga!

Apa aku boleh perhati ialah Malaysia main cukup bagus time second half , and those senior yang diorang panggil boleh la diberi pujian cuma Norhafiz dan Subramaniam ada buat silly mistake . dan abangzz Daudsu nampak macam masih trauma dengan Final FA haritu . dia tak boleh jejak kaki ke SNBJ . nanti dia terngiang ngiang .

Yang aku pelik satu je , player Chelsea semua main kemain serius . tak macam pemain Meriam dan Hati Kolam , mereka lebih relax dan anggap game ini adalah untuk kutip dana FAM . tetapi tidak bagi Chelsea , mereka anggap ini sebagai perlawanan untuk kemampuan Villa-Boas , jurulatih Chelsea yang baru . Boxing-wa pun kemain marah tadi bila tak diberi throw in kepada Chelsea . Lu jangan main main Boxing-wa , tengok sikit pengadil tu sapa . dia panggil geng cikgu dia tahulah kau . tak balik London kau nanti .

Dan pujian harus diberi kepada yang memakai baju kuning hitam , mahupun biru merah putih iaitu baju Malaysia . makin bertambah aku tengok . and aku puji jugak penyokong yang boo Ben-main-Ayoun tadi . padan muka , sapa suruh negara kau buat huru hara . kan dah semua orang benci . siap kena boo lagi , ni baru Malaysia , belum kau main pre-season dekat Arab lagi . mau kena bedil kau .

Akhir kata , marilah saksikan game sebenar iaitu Malaysia VS Singapondan pada hari Sabtu ini . tak kisah di TV ke , di Big Screen ke , streaming internet ke asalkan kau sokong . kasi Lion Sleeps Tonight sama itu Singapondan .

'Saya sokong Kenny dan Arsene Wenger yang awekzz awekzz di Malaysia menarik bagi saya . Jaga jaga awekzz semua , saya buas tau .'

July 20, 2011

FAM , Lu Memang Bam Bam Buwe

Gambar sebat dari Mashelmy , banner dibawak ketika Malaysia Vs Taiwan haritu dkt SNBJ .

Hello everybody , harini aku hanya nak cerita tentang FAM . mereka ni guna bahasa omputeh untuk nama mereka , nama sebenar adalah Persatuan Bolasepak Malaysia , tapi oleh kerana bunyi mcm tk cool langsung , mereka letak laa FAM , Football And Money . Ehh tak , Football Association of Malaysia .

Pehh omputeh la cool , baru la semua kelab kelab luar terpegun ye dak ? barulah boleh mengadakan perlawanan 'tambah kantung , hiburkan penonton' . hebat tk hebat FAM ni adalah mereka bawak team Hati Kolam , lalu 'rakyat' mereka yang patriotik memenuhi stadium dan berlaku lah kontroversi antara Dato' Rajagopal , Safee Sali dengan rakyat Hati Kolam . macam ni lah rakyat yang patriotik , sanggup ketepikan negara , pentingkan 'kampung halaman' . syabas syabas .

Ehhh bukan tu saja , FAM sudah keluarkan tiket untuk Malaysia Vs Singaporn pada 28 Julai di SNBJ . Dan tiket dia adalah RM30 untuk terbuka . congrats FAM , naikkan lagi harga tiket . tu murah lagi tu . patut sampai RM60 . baru lah mcm liga luar negara kan ? memang penuntut universiti dan pelajar sekolah mampu semua tu . relax la FAM , rakyat sekarang ni kaya . budak kecik dah ada phone beratus ringgit . tak ke kaya tu ? kalau duit rasa mcm tk cukup , selaraskan pulak harga tiket untuk semua stadium bagi Piala Malaysia ni takpun Final PM 2011, korang letak harga RM100 , amacam ? baru lah macam Eropah .

FAM oh FAM , bila la kau nak sedar yang kita ni hanya negara yang baru nak meningkat , tapi kau punya perlakuan macam kita ni dah menang World Cup 5kali . kau pikir kami ni semua negara Eropah ke ? mungkin ada yang tak merungut harga tiket kerana semua Demi Malaysia kan tp untuk kau ialah untung untung untung . bangsat . sikit korang tak pikir susah senang nak sokong Malaysia kan ? Presidennya jangan cakaplah , sekali pun aku tk pernah tengok dia turun game Malaysia . aku rasa dia turun time Malaysia dah leading kot , boleh naik kuda ke SNBJ ye dok ?

Aku tau , FAM bukan baca pun blog ni , dia tengah kira duit . besok nak masukkan dalam bank duit perlawanan 'kutip dana amal FAM' .

July 19, 2011

Konvoi Perdana Ke Bukit Jalil



Waktu yang dinantikan telah tiba... Pertemuan dengan musuh tradisi sepanjang zaman daripada zaman atuk nenek moyang kito dahulu sampailah ke zaman kito sekarang... Antara pasukan kesayangan kito Malaysia dan dan musuh tradisi berzaman-zaman Singapundek!!!

creadit BGB Perlis ~

Dengan ini, kami menyeru semuo waghih-wangih Ne9ori Sembilan untuk kito samo-samo turun ke Bukit Jalil... Tidak kiro sesiapo pon, N9 FUTBOL, PSNS, ULTRAS NOGORI, JANG BRIGADE, NINTH-MANIA, dari PILAH, TAMPIN, PALONG, JOMPO, GHOMBAU, JELOBU, PORT DEKSEIN, SEROMBAN dan seluruh pelusuk Ne9ori Sembilan Ne9ori Beradat untuk bersamo-samo memeriahkan konvoi ini. Satukan hati, satukan jiwa, satukan semangat samo-samo kito berkonvoi ke Bukit Jalil. Tunjukkan pado negaro bawaha ne9ori beradat ini sayang dan cintokan negaro.
Maklumat perjalanan konvoi adalah seperti berikut :-
  • Tarikh                       :- 28 Julai 2011
  • Tempat bekumpul  :- Perkarangan STAR,Paroi [lepak makan popia dulu] 
  • Masa                        :- 2.30 petang waktu Malaysia
  • Masa bertolak         :- 4.00 petang waktu Seromban
Dan jangan lupo, bawak segalo peralatan yang ado untuk diikatkan kek kereto dan motor masing-masing... Contohnya bendera Malaysia, Mafla Malaysia, Bendera Negeri Sembilan dan sebagainya... Bergantung dengan kreativiti wangih-wangih semuo!!! Biar nampak macam kereto berhias pon takpo!!! Barulah meriah konvoi kito nie!!! hehehehe :D






Sebarang kehadiran dan pertanyaan boleh terus ke link di bawah...

Jumpo kito di sanun wangih-wangih semuo !!!
HIDUP MATIKU MALAYSIA !!!!

by :- chung-ho

July 16, 2011

Ahhhh Sarkas Part 2

Malaysia 3 - Liverpool 6 . Eh kejap , sapa home eh ? Malaysia eh ? k , ingat kan Liverpool tadi . ramai benar 'scoucers' dkt SNBJ . tahniah dekat pemain Malaysia sebab dapat pecah tembok Liverpool sebanyak 3 kali . hek eleh , tu ke yang team yang menang BPL 18 kali ? macam tak kasi tentangan je .

'memang lah wei , tu semua second team . ada injured , ada pegi Copa America' .

oh terima kasih bang , lupa pulak game ni nak tambah kantung je . ingatkan game nak naikkan ranking . ahhh terlupa terlupa ! King Kenny pun dah balik kan ? takpe semua peminat boleh amek gambar dgn King Gopal . even kita kena 6 , tu semua sebab Apek macam nak taknak je main . baik dia simpan tenaga untuk 20Julai ni ye dak ? tembok Liverpool pun kita boleh pecah , apatah lagi tembok Singaporn . jangan riak , jangan riak haha .

Aku tengok golongan Hitam Kuning makin bertambah tadi di SNBJ . tahniah kepada yang memakai . sesiapa yang memakai jersi Angsa tadi , tahi-niah juga . first time la eh korang tengok Malaysia main ? tahniah . sekarang minda semua komrad tertumpu kepada Singaporn je . Chelsea tu tak yah tengok pun takpe .

Oh ye , dengar cerita ada sebuah kelab penyokong atau kelab penyokong paksa rela ada ketika Malaysia lawan Arsenal haritu . ini sumber dari kawan aku . namanya Team Malaya kot , kawan aku ingat itu adalah Ultras Malaya namun aku aku explain yang UM sudah boikot game tu . and kelab penyokong itu juga menyanyi di luar stadium , dalam stadium and semua mata tertumpu kepada mereka ketika di luar stadium .

Mereka memakai baju official belang hitam Malaysia yang dipakai ketika sukan sukan besar seperti Olimpik atau Sukan Asia . aku cuma rasa kelab ini ditaja oleh TM sebab ada dimana mana iklan TM yang tulis Team Malaysia . tadi ketika aku tonton perlawanan 'kutip dana' Pro Events , mereka ada namun aku tengok tak pula berdiri ataupun menunjukkan tanda sokongan . cuma duduk sahaja . aku tak boleh komen apa apa . taktahu tujuan mereka , sama ada menyokong atau menarik perhatian .


'Lawa pulak aku tengok awek-awek dekat Malaysia , ni nak ngorat ni . roar roar! '

July 13, 2011

Ahhhh Sarkas Part I

Arsenal 4 - Malaysia 0 . Game ni Arsenal jadi 'home team' . Main di Stadium Nasional Bukit Jalil tapi mcm main dkt Stadium Emirates . fuhhh , kemain ramai rakyat rakyat London yeh ? balik Malaysia untuk cuti semester ke ? :) Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang pakai jersi Malaysia walaupun tak ori , atleast ada badge bendera Jalur Gemilang dari orang yang pakai badge meriam time zaman British . Kasihan .

 Pemain defender kita iaitu , Aidil Zafuan diboo ketika injured . amboi , patriotik benar korang semua dekat Arsenal . kawan aku berada disana kata yang bukan Aidil je tapi pemain lain pun kena . kasihan , sayangkan daerah 'idaman' korang dari negara tanah tumpah korang . ada yang kata match ni untuk gain experience , ye betul tapi lebih baik beri pemain rehat dan buat latihan untuk bertempur dengan Singapurak 23hb Julai . pemain semua penat , bukan macam korang bayar untuk tengok pemain kegemaran bermain .

FAM , aku tktahu apa masalah korang semua , kenapa korang gadaikan kepenatan , moral dan semangat pemain , jadual padat liga hanya untuk tiga kelab BPL ? even China pun hanya hantar team divisyen kedua mereka bagi lawan Liverpool . kita ? letak pemain negara dengan harapan untuk seri ataupun kalah bermaruah . tolonglah ye , lepas ni carilah negara utk buat friendly . kalau lawan Senegal pun okay lah . mula dari bawah . FAM , bukak mata , bukak mata . 

FAM , aku cuma harap kau akan bukak mata seluas luasnya suatu hari nanti . aku tahu kau sedang lena dibuai mimpi sambil dilindungi bantal yang dilitupi oleh wang .

Game sarkas , pergilah kau jauh dari Malaysia , kami tak perlukan anda ketika ini . kami perlukan real FIFA football match yang boleh menaikkan ranking Malaysia di FIFA . game sarkas ini ibarat kau berpuasa walaupun masih berhadas besar . tiada guna .


'terharu ai dengan sokongan peminat setia ai . ilefuall . nanti ai datang lagi , bawak piala pula ye . jgn risau , ai tk lupakan u all .'

-MDFQ

July 10, 2011

Negeri Sembilan VS Perlis

6 Julai 2011 , Stadium Tunku Abdul Rahman , Paroi .

Pada perlawanan terakhir Liga Super edisi kali ini , Negeri Sembilan berjaya menumpaskan Perlis dengan jaringan 2 - 0. kedua dua gol dihasilkan oleh Fakri dan Shahurain (Kecik) . Apa yang penting , time tu adalah first time bagi semua komrad UN9 , Ninth Mania dan Jang Brigade utk menampilkan baju baru , dan mafla masing masing . Pihak Ninth Mania telah berjaya mengeluarkan baju , version 1.0 .


 Mafla UN9 juga mencuri tumpuan , dan abang Syafiq terpaksa ke van berulang kali untuk mengambil mafla kerana mendapat sambutan yang panas . dan kita juga adalah Ultras pertamo kek Malaysia ni yang ado mafla sendiri .

Amacam ? paneh tak nengok ? paneh kaaaan . nak buek cano . nasik sudah menjadi bubur . tifo kertas halus halus atau dipanggil snow jugak dilakukan kali ini . campur dengan tifo belon . abang abang ini semua melakukan persediaan yang rapi bagi meng-all outkan ke-stimman komrad komrad dengan melakukan pelbagai tifo .

Dan akhir sekali , smokebomb dan flare berjaya dinyalakan . memang party habis time ni , suasana cukup meriah , semua komrad gembira walaupun tak dapek nak berstim lagi di Kona 4C selamo 2bulan sehingga lah Piala Malaysia bermula . jadi , saya akhiri post ini dengan berbanyak terima kasih kepada semua komrad yang hadir haritu . Gracias , Adios !

HEEEELLLL!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...