July 16, 2011

Ahhhh Sarkas Part 2

Malaysia 3 - Liverpool 6 . Eh kejap , sapa home eh ? Malaysia eh ? k , ingat kan Liverpool tadi . ramai benar 'scoucers' dkt SNBJ . tahniah dekat pemain Malaysia sebab dapat pecah tembok Liverpool sebanyak 3 kali . hek eleh , tu ke yang team yang menang BPL 18 kali ? macam tak kasi tentangan je .

'memang lah wei , tu semua second team . ada injured , ada pegi Copa America' .

oh terima kasih bang , lupa pulak game ni nak tambah kantung je . ingatkan game nak naikkan ranking . ahhh terlupa terlupa ! King Kenny pun dah balik kan ? takpe semua peminat boleh amek gambar dgn King Gopal . even kita kena 6 , tu semua sebab Apek macam nak taknak je main . baik dia simpan tenaga untuk 20Julai ni ye dak ? tembok Liverpool pun kita boleh pecah , apatah lagi tembok Singaporn . jangan riak , jangan riak haha .

Aku tengok golongan Hitam Kuning makin bertambah tadi di SNBJ . tahniah kepada yang memakai . sesiapa yang memakai jersi Angsa tadi , tahi-niah juga . first time la eh korang tengok Malaysia main ? tahniah . sekarang minda semua komrad tertumpu kepada Singaporn je . Chelsea tu tak yah tengok pun takpe .

Oh ye , dengar cerita ada sebuah kelab penyokong atau kelab penyokong paksa rela ada ketika Malaysia lawan Arsenal haritu . ini sumber dari kawan aku . namanya Team Malaya kot , kawan aku ingat itu adalah Ultras Malaya namun aku aku explain yang UM sudah boikot game tu . and kelab penyokong itu juga menyanyi di luar stadium , dalam stadium and semua mata tertumpu kepada mereka ketika di luar stadium .

Mereka memakai baju official belang hitam Malaysia yang dipakai ketika sukan sukan besar seperti Olimpik atau Sukan Asia . aku cuma rasa kelab ini ditaja oleh TM sebab ada dimana mana iklan TM yang tulis Team Malaysia . tadi ketika aku tonton perlawanan 'kutip dana' Pro Events , mereka ada namun aku tengok tak pula berdiri ataupun menunjukkan tanda sokongan . cuma duduk sahaja . aku tak boleh komen apa apa . taktahu tujuan mereka , sama ada menyokong atau menarik perhatian .


'Lawa pulak aku tengok awek-awek dekat Malaysia , ni nak ngorat ni . roar roar! '
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...