July 24, 2011

Singa-pok 5 Malaysia 3


Model : Oren Sprite

Tumtam tumtam semua status semalam . bila baru je nak lekat bontot dekat sofa , Safee Sali dah score . baru je lekat bontot , dah lompat gembira . kemudian semua cuak time Singa-pok attack . termasuklah aku yang tengok bola sambil online . kalau ada lah kopi secewen dekat tangan aku , mahu tumpah dah . macam orang parkinson . jantung dupdapdupdap . sesiapa yang ada penyakit jantung , memang boleh daftar dekat hospital untuk masuk wad . cuak woi cuak!

First hal , Singap-pok 4 Malaysia 1 dan time tu aku tahu , semua dah frust dan putus asa . aku mesej kawan aku pun , kemain maki dia . aku pun sakit hati tapi nak taknak tu lah skuad negara yang kena kita support ye dak ? oleh kerana rehat , semua orang pegi cool down hisap rokok , buat balik kopi sebab dah tumpah tadi , ada yang sempat masak maggi . komrad UM dekat Jalan Besar mungkin ada hal mereka sendiri . pakcik makcik dah give up , masuk tido . mungkin dah tutup lampu kot . ehem .

Bila second half start , semua layu . tengok pun sebab malas tukar channel lain . namun aku rasa Malaysia boleh bangkit , dan hasilnya memang boleh . Malaysia jarak gol dengan 4-3 dan aku time jerit macam aku duduk sorang sorang dalam dunia . mana tak nya , dari 4-1 terus jadi 4-3 lalu keluarlah pakcik dari bilik , makcik pun marah sebab tak dapat nafkah . potong stim . kemudian Singa-pok benam Malaysia dengan 5-3 , dan time tu aku dah bersyukur dah sebab even kalah pun , Malaysia ada advantage time 28Julai ni . aku boleh katakan aku tido time tu adalah paling lena , sambil diiringi lagu Lion Sleeps On Thursday . aku bangun pagi tadi dan tengok seluar basah . Apahal ?

Jadi ghamey ghamey kita turun SNBJ khamis , 28Julai . RM30 untuk seat terbuka . ala kepada pakcik , sila carik hari lain la . saya tahu khamis malam jumaat adalah hari special bagi pakcik dan makcik . tapi hari lain boleh kan ? aku cuma harap 50ribu dapat penuhkan SNBJ lalu kencing , muntah , pitam semua pemain Singa-pok . kalau boleh datang awal , boleh shopping mafla ke jersey ke . dan aku ucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang pergi ke ke Singa-pok semalam , neutral fans ke UM ke SSFC ke N9 Futbol ke asal semua support Malaysia .

p/s : aku paling piss off dengan perempuan yang terus like page player sebab dia hensem . contoh : Sebi Singh Official Fan Page . lepas tu , sengaja letak gambar Sebi Singh (example) sebagai DP di FB mereka . rasa time tu nak simbah je kopi panas dekat laptop diorang , biar rosak laptop diorang , takpayah nak update FB lagi dah . tetiba aku 'butthurt' pahal ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...