July 27, 2011

Sehari Sebelum Singapura-pura Menghadapi Neraka Dunia .

Hoi , tajuk kemain panjang . jangan main main . hati orang semua panas dekat Singapura-pura ni . sekarang mereka nak main psikologi bodoh je , mintak maaf la , kata best main dekat SNBJ la . kau tktau mcm mana rasa main dekat SNBJ ni Singapura-pura . rasa macam makan tahi basi . haa sedap tak sedap ?

Aku antara ribuan penyokong yang tak dapat tiket , sakit hati dia sama macam sakit hati dapat tahu awekku curang kepadaku . aku cuma nak marah dekat FAM sebab sepatutnya mereka bahagikan tiket kepada stadium yang boleh beri pulangan . kau bayangkan orang perlis turun SNBJ kemudian tak dapat tiket . apa rasa mereka ? ya, memang semangat cintakan negara semua tapi rasa sakit tu mesti ada kan ?

FAM! kenapa kau tk bukak mata lagi , kenapa kau masih tidur dekat atas bantal diisi dengan duit lg ? mungkin kami salah sebab tk beli tiket awal awal tapi kenapa kau tak limitkan tiket ? ulat tiket berlambak , jual sampai RM100 , RM300 . kami ni bukan kaya macam awak FAM . ada yang memang betul betul penyokong dari dulu , tak dapat pegi sbb ulat tiket haram ni . ulat dan FAM lebih kurang je .

Aku akui yang aku dah siapkan diri sejak seminggu lepas nak ke SNBJ , and last sekali aku tak berpeluang pergi . tahu tak sakit hati aku ni FAM ? sakit macam bontot kena cucuk dengan batang bendera . aku yang semangat sejak seminggu lepas , mula turun semangat utk pergi lepas tau tiket dh habis . itu baru aku , bayangkan berapa ribu lagi tk pergi ? FAM , lepas ni kau bahagikan kepada stadium yang boleh memberi pulangan yang tinggi tp adil la . jangan dkt Kelantan tu kau letak sampai 50ribu . ada orang N9 yang terpaksa pergi ke sana pukul 7am , terpacak tetapi pulang hampa petang itu .

Dan FAM , tolong lepas ni jangan naikkan harga tiket . harga tiket itu bukannya macam harga Roti John , mahupun nasik lemak ayam . tetapi macam harga baju kau beli dekat Seremban Uptown . mungkin FAM akan kata ,

'ala naik harga pun , orang pergi jugak'.

Ye memang orang pergi tp sbb Malaysia sekarang sedang berjuang menentang rival , kalau lawan Syria ke , cuba tengok laku tak laku tiket tu dengan harga RM30 . mau botak semua AJK sebab pikirkan cara promosi . baru tahu langit tinggi rendah . baru tahu siapa penyokong siapa penonton . baru tahu siapa setia siapa lalang .

Apa apa pun , aku ucapkan selamat berjuang kepada Harimau Malaya . tak kisah la korang pergi stadium ke , lepak kedai mamak ke , tengok big screen ke asal support Malaysia . setakat heboh pemain ke-12 tapi sokong time naik , baik tak payah . aku muak dengan ayat - SAYA PEMAIN KE 12 MALAYSIA . tetapi tak kenal player . baik kau jadi pemain ke 12 futsal team kampung kau iaitu buat bancuh air .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...