July 20, 2011

FAM , Lu Memang Bam Bam Buwe

Gambar sebat dari Mashelmy , banner dibawak ketika Malaysia Vs Taiwan haritu dkt SNBJ .

Hello everybody , harini aku hanya nak cerita tentang FAM . mereka ni guna bahasa omputeh untuk nama mereka , nama sebenar adalah Persatuan Bolasepak Malaysia , tapi oleh kerana bunyi mcm tk cool langsung , mereka letak laa FAM , Football And Money . Ehh tak , Football Association of Malaysia .

Pehh omputeh la cool , baru la semua kelab kelab luar terpegun ye dak ? barulah boleh mengadakan perlawanan 'tambah kantung , hiburkan penonton' . hebat tk hebat FAM ni adalah mereka bawak team Hati Kolam , lalu 'rakyat' mereka yang patriotik memenuhi stadium dan berlaku lah kontroversi antara Dato' Rajagopal , Safee Sali dengan rakyat Hati Kolam . macam ni lah rakyat yang patriotik , sanggup ketepikan negara , pentingkan 'kampung halaman' . syabas syabas .

Ehhh bukan tu saja , FAM sudah keluarkan tiket untuk Malaysia Vs Singaporn pada 28 Julai di SNBJ . Dan tiket dia adalah RM30 untuk terbuka . congrats FAM , naikkan lagi harga tiket . tu murah lagi tu . patut sampai RM60 . baru lah mcm liga luar negara kan ? memang penuntut universiti dan pelajar sekolah mampu semua tu . relax la FAM , rakyat sekarang ni kaya . budak kecik dah ada phone beratus ringgit . tak ke kaya tu ? kalau duit rasa mcm tk cukup , selaraskan pulak harga tiket untuk semua stadium bagi Piala Malaysia ni takpun Final PM 2011, korang letak harga RM100 , amacam ? baru lah macam Eropah .

FAM oh FAM , bila la kau nak sedar yang kita ni hanya negara yang baru nak meningkat , tapi kau punya perlakuan macam kita ni dah menang World Cup 5kali . kau pikir kami ni semua negara Eropah ke ? mungkin ada yang tak merungut harga tiket kerana semua Demi Malaysia kan tp untuk kau ialah untung untung untung . bangsat . sikit korang tak pikir susah senang nak sokong Malaysia kan ? Presidennya jangan cakaplah , sekali pun aku tk pernah tengok dia turun game Malaysia . aku rasa dia turun time Malaysia dah leading kot , boleh naik kuda ke SNBJ ye dok ?

Aku tau , FAM bukan baca pun blog ni , dia tengah kira duit . besok nak masukkan dalam bank duit perlawanan 'kutip dana amal FAM' .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...