July 21, 2011

Ahhhh Sarkas (Finale)

Ahhhh ni buat aku sedih ni , adui . mana tak nya , dah tak boleh dah tengok abangzz abangzz BPL main lagi lepas ni . mesti aku rindu hish . ni finale untuk post Ahhhh Sarkas . sedih aku ni macam Erul keluar dari AF9 , macam penyokong Menyu disuruh bukak baju . aku menangis teresak esak ketika menulis post ini .

Fuhh tenangkan diri . baik harini nak cerita pasal Malaysia XI VS Chelsea . game ini berkesudahan 1-0 , takpun 1/2 - 0 takpun 0 - 0 sebab gol dijaringkan Drogba sangat sangat la kontroversi . sure masuk Melodi Ahad ni . mampus la Sukhbidin and the rest sebab nanti kena terjah dengan abangzz abangzz Melodi . jaga jaga!

Apa aku boleh perhati ialah Malaysia main cukup bagus time second half , and those senior yang diorang panggil boleh la diberi pujian cuma Norhafiz dan Subramaniam ada buat silly mistake . dan abangzz Daudsu nampak macam masih trauma dengan Final FA haritu . dia tak boleh jejak kaki ke SNBJ . nanti dia terngiang ngiang .

Yang aku pelik satu je , player Chelsea semua main kemain serius . tak macam pemain Meriam dan Hati Kolam , mereka lebih relax dan anggap game ini adalah untuk kutip dana FAM . tetapi tidak bagi Chelsea , mereka anggap ini sebagai perlawanan untuk kemampuan Villa-Boas , jurulatih Chelsea yang baru . Boxing-wa pun kemain marah tadi bila tak diberi throw in kepada Chelsea . Lu jangan main main Boxing-wa , tengok sikit pengadil tu sapa . dia panggil geng cikgu dia tahulah kau . tak balik London kau nanti .

Dan pujian harus diberi kepada yang memakai baju kuning hitam , mahupun biru merah putih iaitu baju Malaysia . makin bertambah aku tengok . and aku puji jugak penyokong yang boo Ben-main-Ayoun tadi . padan muka , sapa suruh negara kau buat huru hara . kan dah semua orang benci . siap kena boo lagi , ni baru Malaysia , belum kau main pre-season dekat Arab lagi . mau kena bedil kau .

Akhir kata , marilah saksikan game sebenar iaitu Malaysia VS Singapondan pada hari Sabtu ini . tak kisah di TV ke , di Big Screen ke , streaming internet ke asalkan kau sokong . kasi Lion Sleeps Tonight sama itu Singapondan .

'Saya sokong Kenny dan Arsene Wenger yang awekzz awekzz di Malaysia menarik bagi saya . Jaga jaga awekzz semua , saya buas tau .'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...