July 13, 2011

Ahhhh Sarkas Part I

Arsenal 4 - Malaysia 0 . Game ni Arsenal jadi 'home team' . Main di Stadium Nasional Bukit Jalil tapi mcm main dkt Stadium Emirates . fuhhh , kemain ramai rakyat rakyat London yeh ? balik Malaysia untuk cuti semester ke ? :) Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang pakai jersi Malaysia walaupun tak ori , atleast ada badge bendera Jalur Gemilang dari orang yang pakai badge meriam time zaman British . Kasihan .

 Pemain defender kita iaitu , Aidil Zafuan diboo ketika injured . amboi , patriotik benar korang semua dekat Arsenal . kawan aku berada disana kata yang bukan Aidil je tapi pemain lain pun kena . kasihan , sayangkan daerah 'idaman' korang dari negara tanah tumpah korang . ada yang kata match ni untuk gain experience , ye betul tapi lebih baik beri pemain rehat dan buat latihan untuk bertempur dengan Singapurak 23hb Julai . pemain semua penat , bukan macam korang bayar untuk tengok pemain kegemaran bermain .

FAM , aku tktahu apa masalah korang semua , kenapa korang gadaikan kepenatan , moral dan semangat pemain , jadual padat liga hanya untuk tiga kelab BPL ? even China pun hanya hantar team divisyen kedua mereka bagi lawan Liverpool . kita ? letak pemain negara dengan harapan untuk seri ataupun kalah bermaruah . tolonglah ye , lepas ni carilah negara utk buat friendly . kalau lawan Senegal pun okay lah . mula dari bawah . FAM , bukak mata , bukak mata . 

FAM , aku cuma harap kau akan bukak mata seluas luasnya suatu hari nanti . aku tahu kau sedang lena dibuai mimpi sambil dilindungi bantal yang dilitupi oleh wang .

Game sarkas , pergilah kau jauh dari Malaysia , kami tak perlukan anda ketika ini . kami perlukan real FIFA football match yang boleh menaikkan ranking Malaysia di FIFA . game sarkas ini ibarat kau berpuasa walaupun masih berhadas besar . tiada guna .


'terharu ai dengan sokongan peminat setia ai . ilefuall . nanti ai datang lagi , bawak piala pula ye . jgn risau , ai tk lupakan u all .'

-MDFQ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...